Monday, December 27, 2010

Week 11

Uweeekkkk..Minggu ke 11 ni macam2 perubahan yang terjadi.

1) Pagi2 mesti muntah. Sebelum breakfast tu baik la muntah siap2. Kalau tak everytime lepas breakfast mesti muntah. Habis semua makanan kuar. Hehehee.
2) Pastu dah start pening kepala memusing2. Huhuhuhu. Hormon dah makin aktif kot. Malam2 kena sapu minyak cap kapak kat kepala sebelum tidur. Bagi panas baru boleh tidur nyenyak. Siang pun pening kepala juga. Huhuhu
3) Angin kus2 pun hari-hari menyerang. Hari2 minum air halia nak bg sendawa.

Latest news, skrang ni aku dah start minum Jus Kismis dan Jus Kurma..1 sudu teh sebelum breakfast dan sebelum dinner :-) Rasa bertenaga sket.. Cuba dulu sebulan tengok hasilnya...Hehehe :-)

Week 10

Alhamdullilah sepanjang Week 10, aku dah kembali sihat. Cuma selsema sket2. Muntah pagi2 masa gosok gigi. Loya plak jadi everytime selepas aku amik breakfast, lunch n dinner. Perasaan nak makan semakin menjadi-jadi. Hehehe. Aku skrang suka sangat makan :

Breakfast :
1) Juice Peel Fresh - Guava ke, Apple ke, Orange ke
2) Nasi Goreng
3) Burger Sambal
4) Roti Sandwich Telur

Lunch :
1) Nasi Putih
2) Ikan Talapia Goreng
3) Ikan Cencaru Sumbat Sambal
4) Tempe Goreng Sambal
5) Ubi Sambal

Dinner :
1) Kalau g pasar malam tu, suke beli Kuew Teow Goreng Kuali Besar. Hehehe
2) Biskut Jacobs
3) Nestum, Cornflakes
4) Nasi Goreng Biasa + Telur Mata
5) Kuew Teow Kung Fu.. Nyumm Nyummm

Tak sabarnya nak gi monthly check up 12 Weeks nanti :-)

Sunday, December 12, 2010

Amalan Semasa Hamil

Surah-surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung :

1) Surah Yusuf - Untuk anak yang cantik rupa dan akhlaknya
2) Surah Luqman - Untuk anak yang cerdik
3) Surah Yaasin - Untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
4) Surah Maryam - Untuk memudahkan bersalin

Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh/solehah. Sekurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung seperti dibawah :

Doa di baca setiap hari:

"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.". Amin.

Thursday, December 9, 2010

Week 8 Lagi...

Sepanjang minggu ke 8 sampai nak masuk minggu ke 9, I'm sick. Kena serangan batuk, selsema, demam dan lelah.

4/12 - Start selsema sepanjang malam. Habis segulung tisu. Tekak dah rasa pedih2.
5/12 - Pegi Klinik Kita amik ubat selsema dan uphamol. Makan ubat dan rehat. Petang tu dah terbatuk2. Adussss. Dugaan
6/12 - MC tak pegi ofis. Batuk kuat dan lelah skali. Sapu Vicks rasa lega sket. Minum air masak, air asam jawa, tekak rasa ok sket.
7/12 - Cuti Maal Hijrah. Batuk teruk lagi. Demam ada sesikit. Batuk kuat sampai sakit ari-ari. Huwaaaaa...
8/12 - Pegi Ofis. Duk terbatuk2. Lelah pulak. Pegi klinik Dr kasi inhaler dos rendah. Amik satu puff rasa okay sket.
9/12 - MC lagi. Semalam tak boleh tidur batuk dan selsema. Sakit giler kat bahagian bawah perut.

Kawan2 doakan i cepat sembuh ya. Kesian baby. Mummy die asyik la terbatuk2.

Sunday, December 5, 2010

Mummy Selsema :-( :-(

Huhuhuhu.. I selsema dan batuk sejak semalam.. :-( :-(
Semalaman tak boleh tidur. Segulung tisu habis diguna. Sapu minyak cap kapak kat hidung pun tak menjadi gaks.. Sejak pregnant, ni la first time kena selsema dan batuk..Dugaan dari yg Esa..

Pagi tadi kul 11.30 cam tu, terus ajak Hubby g Klinik Kita. Tak tahan dah duk selsema niehh.

Doktor : Pn pregnant ya?
I : Ha aa
Doktor : Dah berapa bulan ya?
I : Dalam 8 Weeks cam tu
Doktor : Sakit apa ya?
I : Saya selsema doktor sejak semalam.
Doktor : Ohhh mesti Pn takut nak makan ubat kan? (Doktor pun test demam n check tekak) Saya kasi Pn ubat selsema untuk pregnant. Dos sangat la rendah. Kekadang sakit kurang. Kekadang tak. Saya kasi sekali Vitamin C ya.
I : Makan ubat tu tak bahayakan baby ke?
Doktor : Owhhh tak tak. Jangan risau ya :-)
I : Nak juga Acid Folic. Dah nak habis..
Doktor : Okay. Acid Folic ni makan sampai 12 weeks sahaja.
I : Okay. Tq Doktor

Lepas jumpa doktor, g Tesco Cheras lunch kat Chicken Rice Shop dan beli barang2 sket. Pastu beli 2 puff kat King's Bakery. Badan dah rasa flet habis. Sampai jerk rumah, makan ubat terus tidooo.. Hehehe..

Selsema kuat lagi, tapi ada rasa kurang sket. I duk minum air Ribena and Sunquick gak.

Korang ada petua lain tak nak kurangkan selsema?

Saturday, December 4, 2010

Week 8

Pejam celik pejam celik dah week 8 dah :-)
Morning sickness i skrang dah tak hari-hari. Skrang dah jadi selang sehari.

Skrang ni i dah start pakai baju matenity sebab baju2 yg ada tu semua dah ketat2 belaka.
Especially ketat kat bontot. Hehe :-D

Beli 2 sluar kat Mother Club, nasib baik dapat 50 % and 70 % less. Kalau tak, mau terkejut nak bayar. Ngeh Ngeh.

Perubahan week 8 :

1) Dah malas nak bancuh susu Anmum. Ngeeeee. Soo hari2 minum HL Low Fat tu. Flavour Vanila or Chocolate semua boley
2) Dah start amalkan makan kismis. Beli yg brand LIGO tu. Kotak kecik2 senang sket. Letak dalam hang bag pun boley
3) Cepat jer detect bau busuk. Eeeee tak suka. Minyak Cap kapak la obatnya :-D
4) Suka sangat makan apa2 yg berasaskan ikan bilis. Roti Ikan Bilis, Sambal Ikan Bilis, Sodappp!!
5) Suka gak makan Roti Tuna, Puff Sardine. Hehehe
6) Selera makan kejap ada kejap tak. Tapi kalau makan nasi tu mesti kena ada lauk kering2. Suka makan ikan goreng skang. Sedap jer rasa

Another 32 weeks to go!! Doakan i dan baby sehat ya :-)

Sunday, November 21, 2010

Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil..

Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil. Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang
utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung. Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang lebih baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri.

Saturday, November 20, 2010

Week 6

Aku skrang dah start minum susu Anmum Materna Perisa Coklat :-) Sedap gak susu ni. Lebih kurang rasanya cam susu Anlene...



Skrang ni tak boleh nak makan awal sangat
cam kul 8 ke 9 ke. Sure tekak rasa loya dan muntah balik segala makanan. So, aku pepagi akan minum Anmum dan makan Acid Folic. Pastu dalam kul 10 ke 11 camtu, baru boleh makan..

Dulu sebelum preggy, mesti kena makan sebelum kul 9.30 pg. Kalau tak angin kus2 menyerang. Hehe.

Masuk Week 6 ni, selera makan tu dah ada skit. Masa Week 5 tu, takder selera makan. Tengok semua makanan, same jerk. Hehehe. Aku blum pegi check up and scan lagi. Hubby kata Week 8 baru jumpa doktor balik...

Week 6
Berat Mummy : 69 KG

Minggu ke-6

Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan dan sebagainya bermula saat ini sehingga bayi anda dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta gaya hidup anda.

Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan dating, lebih daripada 100 bilion neurons akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang.

Apa yang berlaku pada anda?
Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh merasakan sedikit perbezaan pada saiz pelvik ketika ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada enam minggu
Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium, asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah sembelit. Makanan yang membantu perkembangan bayi adalah:-

  • Roti, beras, pasta dan bijirin – Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.
  • Buah-buahan – 3-4 hidangan sehari
  • Sayur-sayuran – 4 hidangan sehari
  • Daging dan sumber protein yang lain – 2-3 hidangan sehari
  • Produk tenusu – 3-4 hidangan sehari
  • Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori – 2-3 hidangan sehari

Sunday, November 14, 2010

I’m having a baby!

Dalam minda slalu duk fikir 'Kenapa x period2 lagi ni eh?'. Dah lewat 8 hari..Tapi sebelum ni pun pernah gak lewat period. Actually, aku dan hubby dah stop planning since lepas raya Sep 2010 hari tu..Hehehe.. Tu yang rasa berdebar2 tu tinggi sebab period lewat..

Kawan2 kat opis duk suruh aku pergi test pregnancy..Aku cam sabar dulu..Hehehe..Then, hari Khamis lepas, aku test sendiri kat rumah, ada 2 line, 1 terang and 1 tak berapa terang...Opppsss, am I pregnant?

Balik umah terus btau Hubby. Dua2 dah terkejut..Malam tu, tido pun dah x lena, pusing sana pusing sini, rasa cam x selesa. Takut apa2 jadi kat perut..

So hari ni, kul 11 cam tu, aku pergi buat pregnancy test kat Klinik Kita Desa Pandan..

Doktor : Ni kehamilan pertama awak ke?
Aku : Ha aa (Dlm hati, wow pregnant ke ni? :-D)
Doktor : Bila last period awak?
Aku : 7 Oct 2010
Doktor : Mengikut perkiraan saya, kandungan awak baru berusia 5 weeks and 4 Days and your due date is 16 July 2011
Aku : Dalam hati (Perasaan bercampur2..Happy sangat!! Bersalin sebelum puasa..Ngeeee)
Doktor : Buat masa skrang, saya akan kasi awak makan Acid Folic dulu ya..Lagi sebulan datang buat check up lagi..
Aku : Thanx doc!

Seharian aku duk sms adik aku, kakak ipar and member2, supliment apa nak makan. Suggestion :

1) Acid Folic
2) Susu Enfamama
3) Neurogain

Aku kena lebih hati2 kali ni. Jangan duk clumsy sangat!!

Week 5: Teeny tiny baby steps

Fetal development in pregnancy week 5:

Embryo in second month : The changes to your growing embryo are not quite as drastic this week as they've been in the last few weeks. Growth is now largely focused on their little head, which is starting to develop much more rapidly than the rest of their tiny body. This is because their amazing brain is undergoing some very crucial and rapid development in order to effectively regulate their heart rate, blood circulation, and other vital functions. As for the rest of their miniature body, what were simple limb buds last week are limb flippers this week and the tail is more expressed. Amazingly, within a mere five weeks your little miracle is already developing the rudimentary forms of their liver, pancreas, lungs, stomach and nasal pits while their little heart is already increasing its circulation. Your baby is now a whopping 4-6mm in length.

Sunday, October 3, 2010

My 1st Niece..

Aku rasa sangat2 gembira coz dah dapat anak sedara 1st and it's a gegurl :-) Pegi umah adik sejak kul 10 pg sampai 2 petang..Main2 ngan baby..Hehehe..

Nama baby : Aisyah Humairah Binti Mohd Akram
DOB : 27hb September 2010

Fizaa, nama anak sedara aku sama ngan anak hang!!! Hehehehe..

Next we
ek Cik Ya jumpe Aisyah yer..Muahh muahhh..

Jom
layan pic Aisyah..


Aisyah baru lahir 1 hari :-)


Aisyah 5 days old.. Bersama Cik Ya.. :-)


Aisyah yang pandai posing depan camera..Hehehe..


Aisyah yang comel & kiut miut ;-)


Aishah dah tido.. Penat layan Cik Ya yer?

Sunday, September 26, 2010

Dish Drainer..

Fuhh dah lama benor tak meng-update blog aku niehh..Cuti raya sakan la katakan..Hehehe ;-) Activiti weekend penuh dengan attend open house..Macam2 makan..Haihhh..Balik Open house petang tadi singgah JJ..Nak beli pengikat langsir.. Skalik terbabas beli Dish Drainer baru..Ngeh Ngeh..Actually, aku daha lama berkenan drainer cenggini ;-) Tercapai gak hajat di hati.


Cantekk tak? RM 69 satu..


Curtain holder style baru ;-)


Sepanjang-panjang raya kat kampung, x der satu gambo pun tangkap..Ni jer gambo raya yg ada.. Hehe..Yana's!! tengok la tudung yg i gayakan tu!! Hehe

Sunday, September 5, 2010

Sakura Kristal @ Jusco AU2..

Semalam aku dan hubby ada gathering berbuka puasa dengan member2 mmu dan rakan karib ;-) Kiterang berbuka kat Sakura Kristal @ Jusco AU2..Best u all pegi Jusco niehh..Luas dan cantik lanskap dier..Hehehe..Sedap makan kat sini :-)


Restoran Sakura Kristal..Buffet Adult : RM26++, Kids : RM15++


My starter..Ayam grill with bbq sause..Ada hotdod n salad sket..


Nasi, sayur kangkung belacan, sambal sotong, mee goreng dan cendawan goreng.. Rupa dah mcm nasi Ambeng dah!!

Thursday, September 2, 2010

Waaa dah 23 hari berpuasa....

Tup tap tup tap..Hari ni masuk hari ke 23 kita berpuasa...Yeyyy..lagi seminggu nak raya ;-) Semalam penat sangat, lepas berbuka terus membuta..Sedar2 dah pukul 12.30 pagi..Awal bangun hari ni kul 4 pagi...Masak nasi dan 2 menu sahur.. Hehehe..


Telur masak kicap..


Udang goreng kunyit..

Tuesday, August 31, 2010

Rasa..

Sangap tak tau nak masak apa dah untuk sahur..Nie baru sahur, kalau masa untuk berbuka skali, lagi lah bertambah-tambah sangap aku..Adoii laaa..Lagi satu, Hubby pula cerewet bab makan ni..Aku pulak tak pandai masak..Haihhh...


At last, bergelimpangan lah koleksi buku 'RASA'..Hehehe..Nak amik idea la katakan...Ngeh Ngeh

Ikan Siakap Goreng Bercili..

Nyum nyum nyummyy!! Ikan Siakap Goreng Bercili jadi santapan sahur hari ke 21..Hehehe..Jom tengok resipinyerr :

Bahan-bahan :
1 ekor Ikan Siakap - Lumur ikan dgn garam kunyit dan lada sulah 1/2 sudu teh. Ikan digoreng
3 biji bawang merah - Dikisar
3 ulas bawang putih - Ditumbuk (Kul 4.30 pagi duk numbuk bawang..Ngeh Ngeh)
1 biji bawang besar - Dihiris bulat
3 sudu besar cili kering/cili boh
1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili
Kicap sket
2 helai daun limau purut
6 cm halia - Dihiris memanjang
2 sudu besar minyak masak

Garam dan Gula secukup rasa
Tok Aji sket..

Cara Memasaknya :
1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing dan naik bau
2) Masukkan cili,sos tomato, sos cili dan kica
p. Tumis hingga naik minyak.
3) Kemudian masukkan daun limau purut (Sedap tau sambal kita bila letak daun ni), garam, gula dan aji.
4) Masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan bawang besar.
5) Taburkan sambal tu ke atas ikan yang dah digoreng tadi.

Hasilnya :


Ada lagi 1/4 tak habis. Simpan makan waktu berbuka plak..Cost saving ;-)

Sunday, August 29, 2010

We love chicken rice shop..

Hubby sangat suka makan di Chicken Rice Shop..Sejak dari bercintan cintun sampai la skrang, feveret dia lah Nasi Ayam nih ;-) Aku plak, biasa2 jer..Makan jer semua tolak batu kayu jerk..Hehehe..Nasi Ayam kat sini ala2 hainan gituhh..Kiterang kul 6 ptg cam tu gerak g Tesco Extra Cheras..Kat situ ada restoran Chicken Rice Shop ni..Sampai2 jerk, dah ramai pelanggan reserve meja makan..


Semangkuk Nasi Ayam yang harum...Aku makan 1/2 jerk.. Dah full tau...


Roasted Chicken Breast..Sedap ayam style cam ni ;-)


Ipoh Taugeh bersama kicap cair..Ratah pun delicious..Hehehe..Hubby habiskan yg part aku..Suka betul dia..


Pak Choy dengan Sos Tiram..Feveret Hubby ni..


Pai Tee as appetizer..Sedap wehh..


Tak lengkap if tak ada sambal kan? Hehe


Yang ni menu wajib..Popia goreng kat sini memang sangat sangat sedap! Aku habiskan 3 popia, balance kasi Hubby..


Soya bean and cincau..Pilihan Hubby..


Aku punyer, Ice Lemon Tea..Sejuknyerr tekak...


Finally, makan desert nata de coco lepas 15 minit..


Terliur tak? Hehe :-)

Jom Pizza !!

Dah menyopping sakan semalam, sampai umah kul 3 lebih..Lama betul duk JJ..Adoii laa..Ni lah pompuan katakan ;-) Aku sampai jerk umah, semayang terus tido sampai kul 5 petang..Bangun tido, start pula misi mencari tempat nak berbuka pulak..Hubby kata dia teringin nak makan pizza..Fuhh molek benar la tuh!! Kiterang gerak g Tesco Ampang dalam kul 6 ptg cam tu. Kat situ ada Pizza Hut..Sedappnya dapat makan Pizza..Dah lama x makan taw!! Jom layan...


Hut's Platter. Ada tempura udang, tempura calamari rings & criss cut fries..Cedap!!


Garlic Bread..Sedap cicah Sup..


Chicken Soup of the day..Hubby suke bangat..Yang part aku pun dia habiskan ;-)


Pizza Super Supreme..Adoi laa..Selera betul buka puasa..Tapau 2 keping sebab tak habis..Panaskan dengan microwave. Makan sambil tengok cerekarama..Hehehe..


Seafood Marinara Spaghetti..Ni favourite Hubby ;-) Gamba hilang plak..Tatau p kemana..


Iced Chocolate Float & Iced Citrus Tea..Rasa cam nak tapau buat balik jerkk..Memang sedap!!


Tak sah kalau tak beli barang..Haihhh apo nak jadi ni Pn Alia ooii..Set tempat letak sudu garpu and kotak tisu..Comel sangat dengan renda2 nyer tu..Beli untuk my mum..Untuk I pun ada gakss..Hikhikhik :-)

Shopping Raya Sakan !

Shopping sakan lah aku dan hubby semalam..Acehhhh..Baru dapat gaji la katakan..Hehehehe.. ;-)

Activity untuk weekend ni shopping raya n bar
ang2 yg my mummy pesan..Bule beli stock bahan basah untuk sahur 1 week skali..Kami pegi JJ Maluri, dekat jerk..Malas nak g jejauh..Dah la hari Sabtu, sure jam tak hengat punyer...So kami decide la pegi JJ Maluri, JJ paling dekat ngan umah kiterang..Kiterang gerak dari umah seawal jam 10 pagi..Awal beb!! Tak pernah aku pegi shopping mall awal cenggini..Yg bule g awal ni pun sebab aku tak tidur lepas sahur..Berjaga sambil basuh baju segala..Hehehe..Tips ni tau..

Sampai jerk JJ, parking masih lengang lagik..Tapi d
ah berderet keter nak masuk...Jom layan barang ape yg kami borong...


Saje jer tak nak kasi nampak clear baju2 tu..Tak surprise nanti..Hehehe..Apa yang pasti, macam2 color ada..Sebab bini dia baju macam2 color..Tema tahun ni 'Colourful'..Hihihi..Dah siap packing nak hantar dry clean ;-)


Hadiah kawen sepupuku..


Set Langsir ke 2 umah kami...Kire merangkap langsir raya untuk tahun ni..Ngeh Ngeh..Beli yang siap dah kat JJ.. 2 keping untuk sliding door..2 keping untuk tingkap..Setel ;-)


Disebabkan shopping sakan, kiterang dapat 12 set angpow raya dari JJ..Makcik sangat suke since TM tak kasi angpow tahun ni..Hehehe ;-)

Saturday, August 28, 2010

Kecik Molek tapi powerful...

Apa yang kecik molek tu yer?

.......................
...............
.........
...
.
.......................
...............
.........
...
.
.......................
...............
.........
...
.
.......................
...............
.........
...
.

Ini la si kecik comel tu..Nama die Melaleuca Oil..Senang nak bawa ke mana2 sahaja :-)


Kebaikan Melaleuca Oil :

1) Reliefkan minor skin irritations with the natural therapy of Melaleuca Oil
2) Harnesses the healing power of Mother Nature
3) Penetrating quickly inside skin
4) Natural antiseptic therapy fights topical infection and soothes irritated skin.
5) Melaleuca oil easily dissolves dirt
6) Effectively solvent
7) T3 aromatic
8) Suitable for all skin types and sensitive skin. Skin doesn’t feel raw after using Melaleuca Oil
9) Gently soothes

Sesuai Untuk :

1) Cuts
2) Burns
3) Animal Bites
4) Skin irritations

Testimoni Aku :

Jari luka kena pisau
Aku ni kan ganas dan clumsy sket. Korang sure taw punyer..So last 3 weeks, aku duk potong2 buah, skali pisau kena tangan. Apa lagi, luka ler..Darah kluar banyak, tak henti2. Aku pun terus teringat kat Melaleuca Oil. Terus aku sapu minyal tu, wowww darah stop mengalir. Mena
kjubkan!! Then, slowly jari aku kering dan tak rasa sakit lagi. Tak perlu sapu ubat luka pun..Happy giler aku :-)

Jari kena seterika panas
Ni lagi satu hal. Petang tu aku nak g umah makcik aku. So gosok la T-Shirt and Tudung Ariani..Lepas dah switch off iron sumer, aku dengan ganasnya terlanggar seterika..Kena la jari aku..Masa tu just rasa panas gitu jerk..Aku buat donno jer la..Skalik bila sampai umah makcik, adoiii s
akitnya jari..Ishh skali tengok lebam biru tau..Aku pun dah risau, ni pehal plak..Darah tersumbat ke ape..Dah nak g klinik kuarkan darah beku tu dah..So malam tu, aku pun duk fikir lagi, apa la yg aku dah buat sampai jari aku jadi biru lebam sampai cam tu skali..Dang!! terus teringat, ni mesti penangan seterika petang tadi..Jadi sebelum tido, aku pun plan nak test Melaleuca Oil..Aku sapu dan terus tido..Bangun jer sahur, tengok jari, fulamakkk kesan biru lebam dah hilang beb dalam sekelip mata jerk..Seronok giler aku!! Powerful la Melaleuca Oil ni... :-)

Sinus dan Selsema
Sejak seminggu ni aku asyik selsema dan bersin2..Aku malas nak makan ubat nanti ngantuk kat opis..So aku buat relek jer
k..Hari2 selsema..Habis dua, tiga gulung tisu dah..Ishhh tak boleh jadi ni. So semalam aku rasa cam nak demam..Hidung plak dah tersumbat..Lepas jer berbuka and semayang magrib, aku terus makan ubat demam n ubat selsema. Duk harap baik la kan. Bangun dalam kul 11 cam tu, dahh selsema balik..Aduss laa.. cemana nieh? Aku tak nak makan ubat lagi.. Tak elok kan..So sebelum tido, aku decide nak try Melaleuca Oill..Aku pun sapu la kat hidung...Suam2 jerk rasa...Best tau!! Tido aku sangat nyenyak dan bila bangun nak sahur, aku dah tak selsema lagi..Cayalahh Melaleluca Oil ;-) I love you, I need you !!! Sampai skrang pun, selsema aku dah stop...

Korang, cuba la Melaleuca Oil ni..Bagus dan berbaloi2..Apa2, roger aku taw!!


Saje nak selit menu sahur hari ke 18..Sweet Sour Telur..Nyum Nyum..

Thursday, August 26, 2010

Tumisan Kicap Rempah..

Aceh tajuk kelas gituh!! Padahal guna rencah manggi beli kat JJ..Hihihi..Follow jer step by step dia..Pastu siap! Senang dek nonnn ;-) Bangun kul 4.50 pun bule siap masak..


Paket Tumisan Maggi



Sedap taw!! Cuba la kengkawan :-)

Wednesday, August 25, 2010

Kembung perut dengan air...

Sahur hari ke 14 aku dipenuhi dengan bermacam2 jenis air..Sindrom tak lalu makan nasi dah datang walaupun aku masak ikan bawal sweet sour. Still lagi tak nangkap..Aduiii laa..Dah terbalik ngan Hubby aku. Dia lalu makan plak dah.. Haihhh...

Untuk sahur pagi ni aku minum :

1) 1 gelas susu kambing

2) 1 mug susu blend dengan kurma
3) 2 gelas air masak

Terlupa nak snap gambo menu sahur hari ni...Takda mood sebab Aku dah kena selsema..Dah dekat habis segulung tisu dah..:-(


Jom layan menu sahur semalam aje lah yerr...


1st time buat sambal bilis n kentang. Rasa ok dah. Cuma ikan bilis tak jadi garing..Kena goreng dengan api perlahan ke? Agak2 berapa minit? Ngeh Ngeh..Meh la kasi tunjuk ajar..


Udang goreng kentucky.. Sorang 3 ekor jerk tau!! Buat banyak tak habis nanti.. Hehehe

Monday, August 23, 2010

Saya Kenal Sayang Saya....

Sweeettt sangat!!

Ayam Madu Manggi & Susu blend bersama Kurma..

Alhamdullilah, hari ni dah masuk hari yang ke 13 kita berpuasa kan? Korang dah sahur ke? Jom layan menu sahur kami ni ;-)


Semalam pegi Jaya Jusco Maluri, pegi beli bahan mentah untuk stock seminggu..Pastu nampak tumisan ayam madu maggi yang mencuit hatiku..Acehhh..


Pagi ni aku pun chreng chreng di dapur la sejak kul 4.30 pagi.. Sedap tau kengkawan..Try it ;-)


Ayam madu kawannya telur dadar..Nyummy!! Dah selera balik makan nasi time sahur.. Hehe


Yeayy!! Aku dah berjaya blend 1/2 gelas low fat milk HL + 1 sachet susu kambing + 200 ml air + 3 biji kurma..Sedapppp!!!!

Sunday, August 22, 2010

Ikan Siakap 2 Jiwa @ D'Thahara Seafood

Meh aku buat liputan terbaru.. Hehe..Hari ni aku dan hubby berbuka puasa kat D'Thahara Seafood kat Kampung Pandan. Fulamakk sedap tau masakan Thai kat sini..Macam2 ada lah...Order saja..Hehe ;-)


Ikan Siakap 2 Jiwa yang paling mantop..Cuba korang tengok ikan tu? Nampak cam 2 ekor tak? Sebenornya, ikan tu sekor jerk. Belah dua..Ada nenas kat tengah2. Kira macam divider la..Untung beli menu ni..Boleh rasa ikan siakap stim dan boleh rasa ikan siakap 3 rasa..Kreative kan?


Ni pulak Ayam D'Thahara.. Ayam Goreng Gajus..Sedappp ;-)



Sayur Kailan Masak Sos Tiram



Udang Goreng Celup Tepung. Memang sangat sedap.. Aku ratah sampai 5 ekor. Hubby dapat sekor jerk.. Ngeh Ngeh.. Air tembikai laici..Hilang dahaga seharian berpuasa :-)


Total harga 51 ringgit. Berbaloi-baloi kan?