Monday, December 27, 2010

Week 11

Uweeekkkk..Minggu ke 11 ni macam2 perubahan yang terjadi.

1) Pagi2 mesti muntah. Sebelum breakfast tu baik la muntah siap2. Kalau tak everytime lepas breakfast mesti muntah. Habis semua makanan kuar. Hehehee.
2) Pastu dah start pening kepala memusing2. Huhuhuhu. Hormon dah makin aktif kot. Malam2 kena sapu minyak cap kapak kat kepala sebelum tidur. Bagi panas baru boleh tidur nyenyak. Siang pun pening kepala juga. Huhuhu
3) Angin kus2 pun hari-hari menyerang. Hari2 minum air halia nak bg sendawa.

Latest news, skrang ni aku dah start minum Jus Kismis dan Jus Kurma..1 sudu teh sebelum breakfast dan sebelum dinner :-) Rasa bertenaga sket.. Cuba dulu sebulan tengok hasilnya...Hehehe :-)

Week 10

Alhamdullilah sepanjang Week 10, aku dah kembali sihat. Cuma selsema sket2. Muntah pagi2 masa gosok gigi. Loya plak jadi everytime selepas aku amik breakfast, lunch n dinner. Perasaan nak makan semakin menjadi-jadi. Hehehe. Aku skrang suka sangat makan :

Breakfast :
1) Juice Peel Fresh - Guava ke, Apple ke, Orange ke
2) Nasi Goreng
3) Burger Sambal
4) Roti Sandwich Telur

Lunch :
1) Nasi Putih
2) Ikan Talapia Goreng
3) Ikan Cencaru Sumbat Sambal
4) Tempe Goreng Sambal
5) Ubi Sambal

Dinner :
1) Kalau g pasar malam tu, suke beli Kuew Teow Goreng Kuali Besar. Hehehe
2) Biskut Jacobs
3) Nestum, Cornflakes
4) Nasi Goreng Biasa + Telur Mata
5) Kuew Teow Kung Fu.. Nyumm Nyummm

Tak sabarnya nak gi monthly check up 12 Weeks nanti :-)

Sunday, December 12, 2010

Amalan Semasa Hamil

Surah-surah yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung :

1) Surah Yusuf - Untuk anak yang cantik rupa dan akhlaknya
2) Surah Luqman - Untuk anak yang cerdik
3) Surah Yaasin - Untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
4) Surah Maryam - Untuk memudahkan bersalin

Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh/solehah. Sekurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus untuk ibu yang sedang mengandung seperti dibawah :

Doa di baca setiap hari:

"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.". Amin.

Thursday, December 9, 2010

Week 8 Lagi...

Sepanjang minggu ke 8 sampai nak masuk minggu ke 9, I'm sick. Kena serangan batuk, selsema, demam dan lelah.

4/12 - Start selsema sepanjang malam. Habis segulung tisu. Tekak dah rasa pedih2.
5/12 - Pegi Klinik Kita amik ubat selsema dan uphamol. Makan ubat dan rehat. Petang tu dah terbatuk2. Adussss. Dugaan
6/12 - MC tak pegi ofis. Batuk kuat dan lelah skali. Sapu Vicks rasa lega sket. Minum air masak, air asam jawa, tekak rasa ok sket.
7/12 - Cuti Maal Hijrah. Batuk teruk lagi. Demam ada sesikit. Batuk kuat sampai sakit ari-ari. Huwaaaaa...
8/12 - Pegi Ofis. Duk terbatuk2. Lelah pulak. Pegi klinik Dr kasi inhaler dos rendah. Amik satu puff rasa okay sket.
9/12 - MC lagi. Semalam tak boleh tidur batuk dan selsema. Sakit giler kat bahagian bawah perut.

Kawan2 doakan i cepat sembuh ya. Kesian baby. Mummy die asyik la terbatuk2.

Sunday, December 5, 2010

Mummy Selsema :-( :-(

Huhuhuhu.. I selsema dan batuk sejak semalam.. :-( :-(
Semalaman tak boleh tidur. Segulung tisu habis diguna. Sapu minyak cap kapak kat hidung pun tak menjadi gaks.. Sejak pregnant, ni la first time kena selsema dan batuk..Dugaan dari yg Esa..

Pagi tadi kul 11.30 cam tu, terus ajak Hubby g Klinik Kita. Tak tahan dah duk selsema niehh.

Doktor : Pn pregnant ya?
I : Ha aa
Doktor : Dah berapa bulan ya?
I : Dalam 8 Weeks cam tu
Doktor : Sakit apa ya?
I : Saya selsema doktor sejak semalam.
Doktor : Ohhh mesti Pn takut nak makan ubat kan? (Doktor pun test demam n check tekak) Saya kasi Pn ubat selsema untuk pregnant. Dos sangat la rendah. Kekadang sakit kurang. Kekadang tak. Saya kasi sekali Vitamin C ya.
I : Makan ubat tu tak bahayakan baby ke?
Doktor : Owhhh tak tak. Jangan risau ya :-)
I : Nak juga Acid Folic. Dah nak habis..
Doktor : Okay. Acid Folic ni makan sampai 12 weeks sahaja.
I : Okay. Tq Doktor

Lepas jumpa doktor, g Tesco Cheras lunch kat Chicken Rice Shop dan beli barang2 sket. Pastu beli 2 puff kat King's Bakery. Badan dah rasa flet habis. Sampai jerk rumah, makan ubat terus tidooo.. Hehehe..

Selsema kuat lagi, tapi ada rasa kurang sket. I duk minum air Ribena and Sunquick gak.

Korang ada petua lain tak nak kurangkan selsema?

Saturday, December 4, 2010

Week 8

Pejam celik pejam celik dah week 8 dah :-)
Morning sickness i skrang dah tak hari-hari. Skrang dah jadi selang sehari.

Skrang ni i dah start pakai baju matenity sebab baju2 yg ada tu semua dah ketat2 belaka.
Especially ketat kat bontot. Hehe :-D

Beli 2 sluar kat Mother Club, nasib baik dapat 50 % and 70 % less. Kalau tak, mau terkejut nak bayar. Ngeh Ngeh.

Perubahan week 8 :

1) Dah malas nak bancuh susu Anmum. Ngeeeee. Soo hari2 minum HL Low Fat tu. Flavour Vanila or Chocolate semua boley
2) Dah start amalkan makan kismis. Beli yg brand LIGO tu. Kotak kecik2 senang sket. Letak dalam hang bag pun boley
3) Cepat jer detect bau busuk. Eeeee tak suka. Minyak Cap kapak la obatnya :-D
4) Suka sangat makan apa2 yg berasaskan ikan bilis. Roti Ikan Bilis, Sambal Ikan Bilis, Sodappp!!
5) Suka gak makan Roti Tuna, Puff Sardine. Hehehe
6) Selera makan kejap ada kejap tak. Tapi kalau makan nasi tu mesti kena ada lauk kering2. Suka makan ikan goreng skang. Sedap jer rasa

Another 32 weeks to go!! Doakan i dan baby sehat ya :-)