Sunday, December 5, 2010

Mummy Selsema :-( :-(

Huhuhuhu.. I selsema dan batuk sejak semalam.. :-( :-(
Semalaman tak boleh tidur. Segulung tisu habis diguna. Sapu minyak cap kapak kat hidung pun tak menjadi gaks.. Sejak pregnant, ni la first time kena selsema dan batuk..Dugaan dari yg Esa..

Pagi tadi kul 11.30 cam tu, terus ajak Hubby g Klinik Kita. Tak tahan dah duk selsema niehh.

Doktor : Pn pregnant ya?
I : Ha aa
Doktor : Dah berapa bulan ya?
I : Dalam 8 Weeks cam tu
Doktor : Sakit apa ya?
I : Saya selsema doktor sejak semalam.
Doktor : Ohhh mesti Pn takut nak makan ubat kan? (Doktor pun test demam n check tekak) Saya kasi Pn ubat selsema untuk pregnant. Dos sangat la rendah. Kekadang sakit kurang. Kekadang tak. Saya kasi sekali Vitamin C ya.
I : Makan ubat tu tak bahayakan baby ke?
Doktor : Owhhh tak tak. Jangan risau ya :-)
I : Nak juga Acid Folic. Dah nak habis..
Doktor : Okay. Acid Folic ni makan sampai 12 weeks sahaja.
I : Okay. Tq Doktor

Lepas jumpa doktor, g Tesco Cheras lunch kat Chicken Rice Shop dan beli barang2 sket. Pastu beli 2 puff kat King's Bakery. Badan dah rasa flet habis. Sampai jerk rumah, makan ubat terus tidooo.. Hehehe..

Selsema kuat lagi, tapi ada rasa kurang sket. I duk minum air Ribena and Sunquick gak.

Korang ada petua lain tak nak kurangkan selsema?

1 comment: