Saturday, August 17, 2013

Arsyad @ 2 Years

Dah bersawang blog mummy ni. Malas betul nak update.

Mummy dan Arsyad posing Raya 2013

Jom kita layan apa yang Arsyad dah boleh buat sejak masuk 2 tahun :
  • Nak makan sendiri. Tak nak kita suap. Makan dengan sudu or garpu. Masuk mulut sikit jer, yang bersepahnya banyak
  • Nak minum sendiri. Mum dan Papa akan pegang gelas dan Arsyad minum. Ok gak. Jarang tumpah. Hehehe
  • Dah boleh naik turun tangga sendiri sambil pegang penghadang tangga
  • Dah terror explore Samsung Note 2 Mummy. Tengok Youtube Upin Ipin, HooplaKidz Nursery Rhymes. Click folder Gallery, Music Player. Dah pandai pilih sendiri Picture or Video mana nak tengok, lagu mana nak dengar. Hahaha
  • Arsyad dah kenal diri sendiri kalau dia pilih gambar or video yang Mum rakam tu ada gambar dia. Gelak2 dan sengih2
  • Bila ajak mandi, terus ready nak mandi kat atas. Terus berlari duk depan tangga
  • Dah faham bila suruh duduk or sit
  • Bila kita bawa makanan or minuman, Arsyad terus datang kat Mummy dan Papa terus sit
  • Suka sangat dengan kereta mini biru yang Mum beli kat Toy r us. Favourite dia. Kadang2, tidur sambil peluk car
  • Focus bila main Lego dan Shape Sorter :-) Kena ada Mum or Papa main sama2. Else Arsyad akan baling mainan dia sebab bosan main sorang2
  • Manja betul anak teruna ni. Kalau g supermarket, jalan kejap lepas tu dah nak berdukung. Haizzz
  • Kalau g umah orang tak Arsyad tak kenal, malu betul dia. Asyik duk berkepit dengan Mummy dan Papa saja
  • Bila Arsyad dengar Azan kat TV, terus berdiri atas tilam dan solat. Bagus anak Mummy

Setakat 2 tahun ni, perkataan yang selalu Arsyad cakap cam kat bawah. Next week, nak ke Pantai Cheras buat Audiology test. Sebab doc kata by 2 years sepatutnya, kanak-kanak dah boleh bercakap sambung ayat guna 2 patah perkataan. Eg : Nak susu, Nak Mandi. Tapi Arsyad belum lagi, masih cakap sepatah perkataan.

Kakak = Orang. Tak kira Kakak/Abang. Semua Kakak
Papa = Papa Arsyad
Ta = Tata
Acih = Terima Kasih
Nah = Ambil
Nak = Nak
Air = Air
Akut = Yakult
Mama = Mummy
Po Po Po = Boboiboy
Tu = Itu
Tutu = Susu
Atuh = Jatuh
Eee aakkuutuu = Eee Apa Tu
Kokok = Pokok
Miaw Miaw = Kucing
Hmmm Yummm = Sedap
Akit = Sakit
Dom = Jom
Ubat = Babat
Katak = Tatak
Seven = Seven

Arsyad maintain minum Susu Friso Gold sampai skrang :-)

Monday, February 18, 2013

Tantrum


Sebenarnya, mum kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk terjemahan tantrum dalam Bahasa Melayu. Mengamuk atau memberontak? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuan anak kita semasa tantrum.

Budak berusia 1.5 hingga 2.5 tahun akan mula memberontak, membuang barang, merajuk dan protest. Jika anak korang berkelakuan macam tu, bukan bermaksud dia dah menjadi degil atau kurang ajar. Budak sekecil ini, tak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk meluahkan perasaan disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Percaya atau tak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak korang. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak korang cuma mengamuk dan degil.

Cara yang baik untuk membantunya menjadi tenang ialah:



  • Pegang dia seperti dalam gambar ini
  • Bisikan yang korang sayang dan faham perasaan dia
  • Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpdnya dan korang
  • Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan korang pun perlu bertenang, JANGAN SESEKALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau suka memberontak

Monday, February 11, 2013

Arsyad @ 1 Year 7 Months

Wahh anak terunaku dah masuk 1 tahun 7 bulan. 

  • Arsyad skrang ni dah pandai merajuk, mengamuk dan seangkatannya. Menguji kesabaran mummy betul. Kalau tak kena sket mesti mengamuk. Kadang2 tak tau apa yg dia nak. Papa la yg selalu dukung dan pujuk
  • Kalau nak pujuk Arsyad slalu pasang Upin Ipin, BoboiBoy, Mickey Mouse or Donald Duck
  • Dah pandai cakap 'Nak' if dia nak apa2.Perkataan lain blum ada bunyi lagik
  • Mummy baru start tukar susu Arsyad dari Enfagrow ke Sustagen. Minum Sustagen dalam 1 week. Then, mum tukar dari Sustagen ke Friso Gold 3. Hopefully sesuai dengan Arsyad :-)
  • Skrang mum tengah try Mealshakes Shaklee. Hopefully Arsyad kurang demam, selsema, batuk dan yg penting skali naikkan selera makan

Arsyad dan kereta sport :-)



Hopefully Arsyad serasi ngan susu baru ni :-)

Sunday, January 13, 2013

Arsyad @ 1 Year 6 Months

Progress Arsyad :

  • Dah laju jalan skrang. Hihihi :-) Kalau g supermarket, kalau kita nak pegang tangan dia takmo. Nak jalan sendiri
  • Arsyad demam lama 2 minggu. Mum terus g jumpa paed di Pantai Ampang. Doktor amik darah nak check sel darah putih dan jangkitan kuman. Doktor amik X-TRAY gak untuk check pneumonia. Resultnya, sel darah putih ok but paru2 Arsyad kena jangkitan mild pneumonia. Alhamdullilah lepas bagi ubat antiobiotik yg lebih kuat dan ubat kahak, Arsyad dah sembuh. Yeayyy.
  • Mum kasi Arsyad makan Appeton Lysine untuk naikkan selera makan. Masa mula2 mum kasi time Arsyad sakit so mum tak nampak apa2 perubahan. Sejak dia sihat ni, memang dia asyik makan jer. Makan nasi, biskut, roti semua makan. Alhamdullilah. Mum akan teruskan kasi appeton sampai habis
  • Arsyad skrang if lambat kasi susu ke, amik mainan dia ke or tak kasi itu ini, dia akan mengamuk dan rebahkan badan dan kepala dia slow2. Pandai lak takut sakit. Haihhh macam2 perangai anak terunaku skrang. Kena pujuk dulu baru ok. Papa la yg slalu pujuk bucuk mum ni
  • Target mummy skrang, nak Arsyad boleh sebut pelbagai words. Skrang ni masih duk cakap korea dan german jer. Arsyad still tak boleh sebut Papa, Mummy or apa2 words. Sekali sekala ada. Doktor suggest if umur 2 tahun nanti masih lum boleh bercakap, nak kena amik Hearing Test. So skrang hari2 mummy cuba buka You Tube, search nursery rhythms for Toddler dan mummy nyanyi kat Arsyad. Selalunya end up Arsyad hisap jari sambil dengar mum nyanyi. Haihhhhh

Jom layan gambar terbaru Acad :




Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

Mummy skrang tengah amalkan membaca Surah ni kepada Arsyad. Moga bucuk Mummy ni cepat bercakap. Ni duk cakap Korea dan German jerk.