Sebenarnya, mum kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk terjemahan tantrum dalam Bahasa Melayu. Mengamuk atau memberontak? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuan anak kita semasa tantrum.
Budak berusia 1.5 hingga 2.5 tahun akan mula memberontak, membuang barang, merajuk dan protest. Jika anak korang berkelakuan macam tu, bukan bermaksud dia dah menjadi degil atau kurang ajar. Budak sekecil ini, tak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk meluahkan perasaan disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Percaya atau tak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak korang. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak korang cuma mengamuk dan degil.
Cara yang baik untuk membantunya menjadi tenang ialah:
- Pegang dia seperti dalam gambar ini
- Bisikan yang korang sayang dan faham perasaan dia
- Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpdnya dan korang
- Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan korang pun perlu bertenang, JANGAN SESEKALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau suka memberontak
as salam kak ya...
ReplyDeletesaya baru jumpa blog kakya..
nak tanya..masa check up kat klinik kita tu buat weekend ke weekdays? boleh buat time weekend tak...lagi satu nak tanya kakya bersalin kat hospital pantai ampang..kos dia berpatutan ker?hehehe..
hopefully kakya balas pertanyaan kat gmail saya..
syakirah03@gmail.com
Terima kasih.