Saturday, August 17, 2013

Arsyad @ 2 Years

Dah bersawang blog mummy ni. Malas betul nak update.

Mummy dan Arsyad posing Raya 2013

Jom kita layan apa yang Arsyad dah boleh buat sejak masuk 2 tahun :
  • Nak makan sendiri. Tak nak kita suap. Makan dengan sudu or garpu. Masuk mulut sikit jer, yang bersepahnya banyak
  • Nak minum sendiri. Mum dan Papa akan pegang gelas dan Arsyad minum. Ok gak. Jarang tumpah. Hehehe
  • Dah boleh naik turun tangga sendiri sambil pegang penghadang tangga
  • Dah terror explore Samsung Note 2 Mummy. Tengok Youtube Upin Ipin, HooplaKidz Nursery Rhymes. Click folder Gallery, Music Player. Dah pandai pilih sendiri Picture or Video mana nak tengok, lagu mana nak dengar. Hahaha
  • Arsyad dah kenal diri sendiri kalau dia pilih gambar or video yang Mum rakam tu ada gambar dia. Gelak2 dan sengih2
  • Bila ajak mandi, terus ready nak mandi kat atas. Terus berlari duk depan tangga
  • Dah faham bila suruh duduk or sit
  • Bila kita bawa makanan or minuman, Arsyad terus datang kat Mummy dan Papa terus sit
  • Suka sangat dengan kereta mini biru yang Mum beli kat Toy r us. Favourite dia. Kadang2, tidur sambil peluk car
  • Focus bila main Lego dan Shape Sorter :-) Kena ada Mum or Papa main sama2. Else Arsyad akan baling mainan dia sebab bosan main sorang2
  • Manja betul anak teruna ni. Kalau g supermarket, jalan kejap lepas tu dah nak berdukung. Haizzz
  • Kalau g umah orang tak Arsyad tak kenal, malu betul dia. Asyik duk berkepit dengan Mummy dan Papa saja
  • Bila Arsyad dengar Azan kat TV, terus berdiri atas tilam dan solat. Bagus anak Mummy

Setakat 2 tahun ni, perkataan yang selalu Arsyad cakap cam kat bawah. Next week, nak ke Pantai Cheras buat Audiology test. Sebab doc kata by 2 years sepatutnya, kanak-kanak dah boleh bercakap sambung ayat guna 2 patah perkataan. Eg : Nak susu, Nak Mandi. Tapi Arsyad belum lagi, masih cakap sepatah perkataan.

Kakak = Orang. Tak kira Kakak/Abang. Semua Kakak
Papa = Papa Arsyad
Ta = Tata
Acih = Terima Kasih
Nah = Ambil
Nak = Nak
Air = Air
Akut = Yakult
Mama = Mummy
Po Po Po = Boboiboy
Tu = Itu
Tutu = Susu
Atuh = Jatuh
Eee aakkuutuu = Eee Apa Tu
Kokok = Pokok
Miaw Miaw = Kucing
Hmmm Yummm = Sedap
Akit = Sakit
Dom = Jom
Ubat = Babat
Katak = Tatak
Seven = Seven

Arsyad maintain minum Susu Friso Gold sampai skrang :-)

Monday, February 18, 2013

Tantrum


Sebenarnya, mum kurang pasti apa perkataan yang paling sesuai untuk terjemahan tantrum dalam Bahasa Melayu. Mengamuk atau memberontak? Mungkin itu perkataan yang hampir tepat untuk menunjukkan perlakuan anak kita semasa tantrum.

Budak berusia 1.5 hingga 2.5 tahun akan mula memberontak, membuang barang, merajuk dan protest. Jika anak korang berkelakuan macam tu, bukan bermaksud dia dah menjadi degil atau kurang ajar. Budak sekecil ini, tak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk meluahkan perasaan disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Percaya atau tak, tantrum merupakan satu perkara positif ke arah perkembangan anak korang. Jadi, jangan sia-siakan tantrum dengan menganggap anak korang cuma mengamuk dan degil.

Cara yang baik untuk membantunya menjadi tenang ialah:



  • Pegang dia seperti dalam gambar ini
  • Bisikan yang korang sayang dan faham perasaan dia
  • Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpdnya dan korang
  • Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan korang pun perlu bertenang, JANGAN SESEKALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau suka memberontak

Monday, February 11, 2013

Arsyad @ 1 Year 7 Months

Wahh anak terunaku dah masuk 1 tahun 7 bulan. 

  • Arsyad skrang ni dah pandai merajuk, mengamuk dan seangkatannya. Menguji kesabaran mummy betul. Kalau tak kena sket mesti mengamuk. Kadang2 tak tau apa yg dia nak. Papa la yg selalu dukung dan pujuk
  • Kalau nak pujuk Arsyad slalu pasang Upin Ipin, BoboiBoy, Mickey Mouse or Donald Duck
  • Dah pandai cakap 'Nak' if dia nak apa2.Perkataan lain blum ada bunyi lagik
  • Mummy baru start tukar susu Arsyad dari Enfagrow ke Sustagen. Minum Sustagen dalam 1 week. Then, mum tukar dari Sustagen ke Friso Gold 3. Hopefully sesuai dengan Arsyad :-)
  • Skrang mum tengah try Mealshakes Shaklee. Hopefully Arsyad kurang demam, selsema, batuk dan yg penting skali naikkan selera makan

Arsyad dan kereta sport :-)



Hopefully Arsyad serasi ngan susu baru ni :-)

Sunday, January 13, 2013

Arsyad @ 1 Year 6 Months

Progress Arsyad :

  • Dah laju jalan skrang. Hihihi :-) Kalau g supermarket, kalau kita nak pegang tangan dia takmo. Nak jalan sendiri
  • Arsyad demam lama 2 minggu. Mum terus g jumpa paed di Pantai Ampang. Doktor amik darah nak check sel darah putih dan jangkitan kuman. Doktor amik X-TRAY gak untuk check pneumonia. Resultnya, sel darah putih ok but paru2 Arsyad kena jangkitan mild pneumonia. Alhamdullilah lepas bagi ubat antiobiotik yg lebih kuat dan ubat kahak, Arsyad dah sembuh. Yeayyy.
  • Mum kasi Arsyad makan Appeton Lysine untuk naikkan selera makan. Masa mula2 mum kasi time Arsyad sakit so mum tak nampak apa2 perubahan. Sejak dia sihat ni, memang dia asyik makan jer. Makan nasi, biskut, roti semua makan. Alhamdullilah. Mum akan teruskan kasi appeton sampai habis
  • Arsyad skrang if lambat kasi susu ke, amik mainan dia ke or tak kasi itu ini, dia akan mengamuk dan rebahkan badan dan kepala dia slow2. Pandai lak takut sakit. Haihhh macam2 perangai anak terunaku skrang. Kena pujuk dulu baru ok. Papa la yg slalu pujuk bucuk mum ni
  • Target mummy skrang, nak Arsyad boleh sebut pelbagai words. Skrang ni masih duk cakap korea dan german jer. Arsyad still tak boleh sebut Papa, Mummy or apa2 words. Sekali sekala ada. Doktor suggest if umur 2 tahun nanti masih lum boleh bercakap, nak kena amik Hearing Test. So skrang hari2 mummy cuba buka You Tube, search nursery rhythms for Toddler dan mummy nyanyi kat Arsyad. Selalunya end up Arsyad hisap jari sambil dengar mum nyanyi. Haihhhhh

Jom layan gambar terbaru Acad :




Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap

Maksudnya:

"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

Mummy skrang tengah amalkan membaca Surah ni kepada Arsyad. Moga bucuk Mummy ni cepat bercakap. Ni duk cakap Korea dan German jerk. 

Sunday, December 9, 2012

Arsyad @ 1 Year 5 Months






Progress Arsyad sejak masuk 1 tahun 1/2 ni :
  • Alhamdullilah dah boleh berjalan ke hulu ke hilir. Kalau jatuh, dah boleh bangun sendiri. Good boy!! Arsyad 5 bulan merangkak. Memang betul2 nak rasa puas merangkak baru nak jalan :-)
  • Bila pegang kunci rumah, Arsyad terus ke pintu. Halakan kunci ke pintu. Bijak anak mummy ni. Tahu kunci untuk buka pintu :-D
  • Banyak betul sembang bila pegang handphone mummy. Sampai gelak2 cakap kuat2. Handphone mainan yg mummy beli Arsyad tak layan pun. Haishhhhh
  • Mum skrang dah start beli baju baru untuk Arsyad. Yg baju lama semua dah kecik. Mum beli baju semua saiz 3 years. Biar tahan lama sket :-)
  • Kalau g makan luar, sibuk nak duk atas kerusi kat kedai. Letak dalam kerusi baby tu kejap jer dah tak nak dah
  • Arsyad skrang dah start mengikut mum dan papa kalau dia nampak kami pakai baju cantik2. Siap merajuk lagi kalau tak dukung dia
  • Dah pandai minum pakai straw :-)

Monday, October 29, 2012

Enfagrow A+


Arsyad masih kekal minum Susu Enfagrow A+ Original Flavor. Mum plan nak tukar susu. Brand apa yg best eh?

Arsyad masa baby

Sepetnyer mata!!

Baru nak pandai meniarap. Masih lum stabil. Hehehe

Nyum nyum sedapnya hisap jari sampai skrang!

Pandang apa tu? Macho nampak.

Sunday, October 21, 2012

Weekend Routine

Every weekend, ni la routine mummy :

1. Arsyad minum susu kul 8 pagi
2. Lepas tu mum mandi dan breakfast kul 9 - 10 pagi
3. Kul 10, mandikan Arsyad
4. Lepas tu basuh baju office papa dan basuh baju mum skali
5. Rendam baju Arsyad pulak. Ahad pagi baru lipat kain Arsyad dan basuh baju Arsyad. Ahad mum akan basuh tudung juga.
6. Sementara basuh baju, lipat kain yg 1 week tak berlipat. Papa akan jaga Arsyad. Lipat kain ni makan masa 1 hour pulak
7. Kul 12, sidai baju yang dah di basuh
8. Lepas tu kalau rajin nak masak, mum masak. Kalau tak papa keluar beli makanan. Kalau bosan duk umah, satu family akan kluar jalan2 shopping or beli barang2 dapur or beli barang2 Arsyad. Slalunya kluar umah lepas Zuhur sampai malam. Hahaha :-D

Wish List

Avent Cup model ni bagus sebab bila anak minum air tak tumpah. Kalau tonggeng ke apa ke, air takkan keluar. Bila sedut, baru air keluar.


Dah lama nak beli sejak Hari Raya hari tu lagi. Model ni ada kat Toys"R"US.


Since Arsyad lum berani nak berjalan sendiri, Mummy nak train guna walker ni. Model ni ada kat Toys"R"US juga :-)



Moga2 impian untuk memiliki Samsung Galaxy Note II tercapai tahun 2012 :-)

Arsyad @ 1 Year 3 Months

Sejak masuk 1 Year 3 Months ni, mcm2 Arsyad dah buat :


  • Dah boleh panjat sofa kat umah. Sofa ni tinggi juga :-D
  • Dah boleh turun dari sofa ikut cara yg betul. Masa first time nak turun, kira nak terjun terus jerk. Ishhh Ishhh
  • Dah tak nak makan bubur dan nestum
  • Dulu masa blend nasi, habis semangkuk. Sejak makan nasi betul ni, makan nasi ikut mood dia. Kadang nak kadang tak nak
  • Suka makan biskut. Apa2 biskut pun boleh
  • Suka minum susu sejak kecik sampai skrang
  • Asyik la bercakap guna bahasa dia. Bunyi macam bahasa Korea. Dah la muka pun korea. Adoi laaa
  • Still takleh berjalan sendiri. Dah nampak cubaan nak berdiri tapi lum kuat lagi
  • Kalau suapkan Arsyad makan, kalau makanan tertumpah kat pipi ke, bibir ke, mesti nak alih makanan tu dengan tangan. Kira tak nak comot la tu. Kecik2 dah cermat. Haihhhh menurun papa dia ni
  • Masih kekal isap jari telunjuk. Haihhh
  • Kalau tetiba Astro problem, Arsyad akan terus amik remote dan halakan ke TV. Haha. Ni mesti duk tengok kiterang asyik la duk tukar channel
  • Dah makin suka tengok cartoon dan drama. Arsyad slalu akan sama2 follow citer yg mummy tengok. Setakat ni setia follow MasterChef dan Adam Hawa. Kecik2 dah minta drama. Ngeeee  
  • Dah pandai ngeleng kepala bila tak nak apa2

Tuesday, September 25, 2012

Tadika

Masih terlalu awal mummy nak hantar Arsyad ke tadika. Since Arsyad baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanannya :-D Taska Arsyad skrang namanya Taska Umi Hayati Pandan Perdana.

Apa2 pun, mummy letak dulu list tadika :

Tadika Cahaya Permata
Tadika ni bersebelahan dengan Taska Arsyad skrang. Selalunya bila mummy hantar Arsyad, nampak banyak parents hantar anak2 ke tadika ni. Kanak2 pakai baju set hijau.

Smart Reader Kids, Taman Cheras Indah
Kalau nak g Smart Reader ni kena seberang jalan.
Kelas Pagi start pukul 9 pagi - 11.45 pagi.
Kena ada transport hantar dan amik anak.
Address nya : 229, Jalan Indah 23, Taman Cheras Indah, 56000 Kuala Lumpur.
Contact Person : Sunarni Sunardi, 03 9281 5200

Tadika Krista Pandan Perdana
Tadika ni nampak best juga. Dekat area Pandan Perdana.
Jauh sket dan jalan jem pula nak ke situ.
56, Jalan Perdana 2/14, Pandan Perdana, Selangor 
Email : kristapperdana@gmail.com 
Person In Charge : Nor Fardzilah Bt Talib 
Tel : 012-311 6513/012-201 6373
http://www.krista.com.my

Tadika Genius Unik
Mummy first time pernah lalu depan tadika ni.
Jauh pula ke Pandan Perdana. Jalan Jem.
Tadika ni English Medium with Islamic.
www.facebook.com/tadikageniusunik
Contact Person: Pn Shamsiah, 0132212313 / 013 300 5803

Kumon
http://www.kumon.com.my/

Brainy Bunch Pandan Indah
http://www.islamicmontessori.com/bbimwp/
Islamic Montessori ni memang best sangat. 
Mummy teringin nak register Arsyad kat sini.
Jauh sket dan jalan jem.
Playhouse - 18 months - 3 years old
Preschool - 4 - 6 years
Person In Charge - Teacher Aini, 0192680267

Asthma

Hari ni hari ke 2 mummy MC sbb serangan Asthma. Dah lama tak kena ni. Seingat mummy, masa bulan 3 hari tu dah kena. 1 week jugak MC.

Ahad, 23/09/2012
Mummy bangun pagi rasa tekak perit sangat. Ehh kenapa tetiba jer sakit tekak ni. Dalam kul 11 camtu dah batuk tak henti, dan start semput. Mummy makan ubat batuk dan sedut inhaler. Rasa cam ok sket. Petang dah start balik batuk dan lelah kuat. Malam tu dah tak leh tido.

Isnin, 24/08/2012
Kul 9 pagi terus g klinik amik nebulizer. Badan terketar2 dan rasa ngantuk sangat. Tido sampai petang. Bangun tido, batuk balik dan lelah balik. Malam g amik neb kali ke 2 di klinik.

Selasa, 25/08/2012
MC lagi hari ni. Amik neb skali lagi di klinik. Hopefully esok dah boleh masuk opis. Kerja banyak ni, huwaaaaa.

Friday, September 21, 2012

Arsyad @ 1 Year 2 Months

Lama mummy tak story perkembangan Arsyad bucuk :-)

  • Dah pandai bye bye bila kita byby dia
  • Dah pandai pegang handphone dan berlakon sembang dlm telefon
  • Bila dia duk ralit main, bila nampak mummy siap pakai tudung, terus datang ke kita or merangkak laju ke pintu rumah. Nak ikut g jalan2 la tuh!!
  • Arsyad muntah2 dan kena cirit birit. Kesian dia :-(:-(
  • Dah pandai main 'Ciku Cak' dengan kita
  • Suka sangat main dengan langsir
  • Asyik la nak panjat tangga. Bila kita sekat dengan playpen, dia mengamuk. Siap tolak playpen lagi sbb nak panjat juga tangga tu
  • Still lagi blum boleh berjalan. Arsyad dah banyak kali cuba berdiri sendiri. Cuma dia takut kot lagi. Hehehe. Bila kita ajar dia bertatih, laju juga di jalan. Cuma belum stabil. 

Sunday, August 5, 2012

Toddler

Happy Besdey Arsyad :-) Kejap jer dah 1 year. Lama betul mum tak update blog. Buzy betul di ofis :-D

  • Arsyad dah menunjukkan gelagat toddler. Kalau kita ambil barang yg dia tengah main, fuhhh mengeluh panjang dia
  • Suka sangat main wayar lebih lg charger hp or charger laptop
  • Dah teror ke sana ke mari dengan walker
  • Lum leh jalan lagi. Masih merangkak
  • Explore ke sana me mari
  • Tak suka makan bubur. Asyik nak minum susu dan makan nestum
  • Dah pandai tepuk tangan bila kita nyanyi
  • Pandai dah gelak ketawa ngan mum dan papa

Sunday, June 24, 2012

Downy Passion

Last week g bangi jumpa mama nak g umrah. Singgah umah adik dulu. Kebetulan adik pun duk satu taman ngan kakak ipar. Bila sampai umah adik, mummy bau wangi sangat. Masa tu adik tgh sidai kain. 

Mummy: Hmm wanginya baju. Pakai sabun apa tu?
Adik: Sabun breeze jer. Letak downy. Beli yg botol merah. Wangi semerbak. Tak yah pakai perfume dah. Hehehe
Mummy: Haaa ye ke. Kakya nak beli la pasni.
 
 
Tadi g JJ terus beli. Balik umah terus guna. Wow!! Wangi giler beb!! Berbaloi!!

Saturday, June 23, 2012

Foods for baby


Changeover Feeding Table

Pejam celik pejam celik, bulan depan Arsyad turns 1 year :-) Dah masuk stage Toddler :-D Mummy dah kena plan tukar susu Arsyad dari Enfalac A+ to Enfagrow A+. Leh follow jadual kat bawah.

Belum berjalan? Laju merangkak?

Somebody : Baby dah berapa bulan?
Mummy : Dah 11 bulan ++
Somebody : Dah boleh berjalan ke?
Mummy : Belum lagi. Masih aktif merangkak.
Somebody : Lambat juga berjalan kan?

Ni lah situasi yg mummy betul2 tak suka. Semua orang punya expectation, baby boleh jalan 10 or 11 bulan. Tension bila duk fikir benda ni slalu. Alhamdullilah, mummy jumpa article kat bawah ni. Baru lega rasa.

  • Kalau anak anda lambat berjalan jangan risau. Sebenarnya kalu stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran tuk anak anda semakin bagus. 
  • Banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana di tulang belakang kita terletaknya spinal cord or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke bahagian otak. 
  • Apabila anak kita merangkak lebih lama,bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik. Ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari ahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. 
  • Merangkak adalah proses belajar mengkoordinasi otak kiri dan kanan, contoh dia maju dengan tangan kiri sambil kaki kanan yang bergerak dan ketika maju dengan tangan kanan maka kaki kiri yang bergerak. Merangkak juga memperkuat tulang belakang sebagai tempat untuk sarat dari otak menuju ke anggota badan dan sebaliknya, sehingga koordinasi motoriknya bagus, juga kecerdasannya meningkat.
  • Kebanyak org tua kita cakap berjalan cepat tu bagus. Tapi sebenarnya kalu nak anak kita pandai,biarlah dia merangkak selama yang boleh. Sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara tuk mengatasinya ialah dengan merangkak

Monday, June 18, 2012

Johnson's Baby Cooling Bath


This is the best Johnson's baby bath yg mummy pernah beli!! Setiap kali lepas mandi dan syampu rambut, wangiannya long lasting kat baby Arsyad :-)