Saturday, April 21, 2012

Terhantuk

Sejak masuk 9M ni, dah 2 kali Lil Arsyad terhantuk. Mum panic giler. Rasa bersalah semua ada. Takut jadi apa2 kat baby.

  • Jatuh dari sofa, dahi terhantuk kat atas toto. Kening merah
  • Dahi terhantuk ke dinding sbb laju sangat mengulur ke depan. Mum check suhu ok. Tak ada muntah2. Cuma ada line darah sikit ja dalam hingus baby.

Lepas ni, mum nak letak baby dalam playpen supaya lebih selamat. Mummy dan Papa kena lebih berjaga2.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sifatingintahutinggi/Article

No comments:

Post a Comment