Baru-baru ni aku teringin sangat nak makan puding coklat. Then suft punya suft, jumpa la satu fotopages yang best.. http://hanieliza.fotopages.com/.. Kat sini, macam2 recipi ada.. dari masakan ayam, daging, makanan laut, goreng2 hingga lah ke puding dan kek... so aku pun try la buat puding coklat ikut recipi kak liza nie.. alhamdullilah sodap menjilat jari :-D
Bahan-bahan:
10 gm serbuk agar-agar
3 cawan air
1 cawan gula
1 s/b serbuk koko + 1/2 cawan air [dibancuh dan tapiskan]
1 liter susu coklat DUTCH LADY
Caranya:
1. Masakkan air dan agar-agar sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendidih sekejap. Tutup api.
4. Masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment