Saturday, August 14, 2010

The 4th day..

Selamat Sahur untuk hari yang ke 4 ye rakan2 semua :-) Meh aku nak share recipe Ayam Paprik.. Hehehe...Bangun kul 4.15 pagi tau, chong chreng chong chrengg di dapur..

1/4 Ayam - Dipotong kecil (Perapkan dengan lad
a sulah n sedikit garam)
2 ulas bawang merah - Ditumbuk
2 ulas bawang putih - Ditumbuk
2 biji cili api - Ditumbuk
1 batang serai - Dititik
1/2 biji tomato - Dipotong 2

Bunga Kubis
Kacang buncis/Kacang Panjang
Carot
Jagung Muda
Daun Limau Purut
Sedikit sos tiram, sos cili dan kicap manis
Garam

Gula
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-Caranya :

1) Panaskan kuali. Gorengkan ayam (Agak2 sampai masak, jgn terlalu garing pula)

2) Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk, kacau sekejap
3) Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4) Siap dan boleh dihidangkan

Senangkan? Bule la cuba yer ;-)


Santapan sahur di hari ke 4. Ayam masak paprik, telur hancur dan tempura seafood. Apa daaaa, tempura lagik :-P

No comments:

Post a Comment