Sunday, August 8, 2010

Kisah Susu Kambing...

Aku sejak 3 minggu lepas slalu sangat kena asthma. 2 kali dah pergi Klinik Izham sedut nebulizer. Lega la dalam 2 or 3 hari. Then, jadi balik. Ni agaknya penangan Aircond kat opis baru, Level 8 yg sejuk bangat. Walaupun dah pakai baju sejuk, still sakit dada n kurang selesa nak bernafas.

Aku ni tak nak la amalkan makan ubat sebab tak elok kan. Aku nak cuba alternative lain. Slalunya bila g klinik, doktor akan kasi 4 jenis ubat untuk orang asthma.

1) Antibiotik
2) Ubat batuk (Warna jernih, khas untuk
asthma)
3) Alahan paru-paru
4) Ubat cairkan kahak

Last Jumaat pula, aku pergi test kesihatan kat booth K-Link di Menara TM. Pemeriksaan melalui tapak tangan. Jelas skali aku ni ada alahan paru2 sebab sejuk dan asthma. Result tu membuatkan aku sangat risau dan perlu buat sesuatu ni.

Nak dijadikan cerita, aku teringat susu kambing yang aku pernah beli kat MIHAS hari tu. Aku beli tu sebab nak minum bila masa badan aku berangin atau sakit ulu hati. Bukan nya nak minum hari2. Pastu skrang pula, Maria Tunku Sabri duk iklan baik amalkan minum susu kambing sebab Susu Kambing adalah Susu terbaik selepas susu ibu.

Aku pun apa lagi, malam tu terus google keba
ikan susu kambing. Banyak aku tengok testimoni customer bagus2 belaka. Yang paling penting untuk aku adalah Susu Kambing boleh mengurangkan asthma dan alahan paru-paru.




Aku pun terus amalkan minum Susu Kambing (If-t-tah)
sejak 2 hari lepas. Minum pagi (Lepas bangun tidur) dan malam. Alhamdullilah, kesannya bagus sekali, terasa ringan apabila bernafas. Tidur pun nyenyak.

Aku ni jenis suka minum susu. Slalu minum susu Dutch Lady - Low Fat tu. Bila difikir balik, better aku tukar dari minum susu lembu kepada susu kambing. Khasiat pun banyak. Aku akan cuba amalkan minum susu kambin
g ni setiap hari. Mudah-mudahan kekerapan serangan asthma berkurangan.

Kebaikan Susu Kambing :

1) Membantu mencegah kanser
2) Merawat gastrik
3) Ulser perut
4) Penyakit Kuning
5) Asthma
6) Susah tidur
7) Penyakit kulit
8) Hepatitis A
9) Migrain
10) Buah Pinggang
11) Menguatkan imunisasi paru-paru
12) Anti-ath iritis (Inflimasi Sendi)
13) Mengimbangi kandungan gula dalam darah
14) Meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan
15) Membantu pembentukan tulang dan gigi
16) Mencengah osteopososis

No comments:

Post a Comment