Alhamdullilah, lil Arsyad dah masuk 6 month :-) Papa dah gunting rambut Arsyad yg panjang tu. Hehe
Semalam, mummy dah kasi baby Arsyad try his 1st solid food. Lunch Arsyad makan cerelac. Petang Arsyad makan biskut farley rusk. Mummy nak try 4 hari dulu dengan makanan yg sama. Nak tengok ok ke tak. Setakat ni habis semangkuk Arsyad makan. Selera betul :-)
Baby Arsyad skrang suka main tangan kanan dan kiri. Kalau letak mainan, Arsyad cuba amik mainan tu. Hehe :-)
Skrang Arsyad dah pandai mengelongsor ke belakang sket2. Kadang2 ke depan gak sket2. Nampak tgh duk try nak golekkan badan. Hehe
Baby skrang dah ada macam2 taktik nak tarik perhatian mum n papa. Kalau tinggalkan baby sorang2 kat ruang tamu, dia akan menjerit la, membebel la. Bising sangat. Sembur2 air liur la. Hehe
Pola tidur Arsyad skrang dah tetap. Kul 10 malam mesti tidur. Malam tak bangun langsung. Bagus anak mummy :-)
1) Arsyad dah dapat stroller baru. Yeayyy!!! 2) Mula2 mum dan papa nak beli Stroller Combi Miracle Turn DX color purple gak. Skali check dah habis stock. Alamakkk. Color lain cam tak berminat 3) Pastu, mum terpandang stroller ni. Fuhh color purple dia mengancam gak pastu nampak moden style. Stroller ni latest design dr Combi. 4) Stroller ni memang terbaik dan sangat kukuh. Cumanya tak leh lipat payung. Kena lipat sandwich. 5) Harga dia RM 2,200. So semalam ada sale jadi RM 1800. Disebabkan kiterang bayar cash so dapat less lagi RM 200. Total harga RM 1600. Mahal benor stroller Asryad. Huhuhu 6) Arsyad suke bangat duk dalam stroller baru. Senyum sokmo!! Sembang sokmo!!
Arsyad sejak dua menjak ni slalu sembelit. Jadi mummy tukarkan susu Arsyad dari Anmum ke Enfalac A+. Alhamdullilah, baby Arsyad yak yak, tak kembung dan tidur lena malam2.
Arsyad dah start lonjak body ke belakang. Nursery btau Arsyad dah tak boleh kasi tido atas tilam. Dia lonjak sampai ke lantai. Esok mummy dan papa nak g Sogo cari tilam besar untuk baby Arsyad :-)
Suka sangat tengok TV dan sembang sambil tengok TV.
Arsyad dah tak jaga malam. Tido dari kul 10 mlm sampai subuh.
Masuk 4 bulan, Arsyad kena demam selsema. Kesian Arsyad.
Suka sangat mengiring nak meniarap. Tak bule meniarap lagi sebab tersekat kat tangan. Cuba lagi my dear!!
Menjerit sekuat hati bila lapar susu atau nak kan perhatian mum dan papa dia :-)
Suka sangat genyeh mata kalau dah ngantuk dan time nak tidur
Arsyad dah pandai pegang toy yg kita kasi. Dah pandai main jari jemari belah kanan dan kiri
Senyum sokmo skrang dan pandai gelak dah. Mum dan papa kena create new joke sbb Arsyad cepat bosan dengan joke yg sama. Huhuhu
Alhamdullilah, Arsyad berjaya meniarap, 4 Months, 1 week & 3 days :-) Tahniah boboy Mummy :-)