Sunday, April 22, 2012

Susu Enfalac A+ new packaging & naik harga?

Semalam papa g Speedmart nak beli susu Enfalac A+ lil Arsyad. Kami selalu beli susu packaging dalam kotak. Bila masuk kereta :

Papa : Cuk, susu Arsyad dah naik harga !!
Mummy : Hah ye ke. Berapa? Mum pun tengok kotak. Fuhh RM 66.90.
Papa : Mahal kan.
Mummy : Tuh la. Kalau beli kat JJ tak tahu la berapa pula harganya. Packaging pun dah lain. 3 bulan lagi baby minum susu ni. Lepas ni minum Enfagrow pula. Hehehe.

Sebelum ni, harga susu RM 61.90. Skrang RM 66.90. Naik 5 ringgit tu!!

  • Mum dah call Mead Johnson. Confirm yg Mead Johnson tak ada kluarkan packaging baru untuk susu Enfalac A+ kotak. Original packaging untuk kotak, atas gold, bawah kuning.
  • Mum ada pergi Tesco Ampang last weekend. Tanya staff Mead Johnson. Memang confirm Mead Johnson tak ada tukar packaging susu Enfalac A+.
6th May 2012 :
Mum g ke Jusco Mid Valley. Hajat nak beli susu baby. Terkejut mum yg Jusco pun dah jual Enfalac A+ packaging baru. Harga jadi RM 69 kalau beli kat Jusco. Esok mum akan call Mead Johnson skali lagi.   

13th May 2012 :
Mum dah confirm dengan Mead Johnson. Memang confirm dah semua susu Enfalac A+ dah tukar packaging dan harga naik!! Nutrisi kurang dr dulu. Nasib baik kurang 1g jer. Mendadak lak branding dierang ni!!



Packaging baru Enfalac A+

Saturday, April 21, 2012

Terhantuk

Sejak masuk 9M ni, dah 2 kali Lil Arsyad terhantuk. Mum panic giler. Rasa bersalah semua ada. Takut jadi apa2 kat baby.

  • Jatuh dari sofa, dahi terhantuk kat atas toto. Kening merah
  • Dahi terhantuk ke dinding sbb laju sangat mengulur ke depan. Mum check suhu ok. Tak ada muntah2. Cuma ada line darah sikit ja dalam hingus baby.

Lepas ni, mum nak letak baby dalam playpen supaya lebih selamat. Mummy dan Papa kena lebih berjaga2.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sifatingintahutinggi/Article

Diaper Rash Cream

Since Lil Arsyad lahir, alhamdullilah dia tak pernah kena ruam lampin. Sampai la baby diserang cirit birit yang teruk masa 7 Month, terus kena ruam lampin.


Masa mula2 Lil Arsyad kena cirit birit masa 7 Month, Mum guna bedak berubat ni. Ada kurang sket jer.
 
Pastu, mummy guna bedak johnson pula. Tak jadi juga.
 Mum guna cream ni pula. Fuhhh berkesan! Terus baik ruam lampin Arsyad :-)

Tapi selang seminggu lepas tu, ruam lampin datang balik. Kali ni kat celah2 paha pula. Siap ada berisi air. Mum guna balik krim Sebamed sblm ni dah tak menjadi. Huhuhu. Kawan2 advice, guna krim pureen. Tak baik juga :-(

Akhirnya, mummy try guna Drapolene Cream. Alhamdullilah, ruam lampin baby dah baik. Fuhhh lega. Mum akan kekalkan guna Drapolene!!

Sunday, April 15, 2012

Feeding Accessories


Sejak Lil Arsyad 8M, mummy dah start masak bubur setiap malam. Sblm ni, mum bekalkan nestum ja ke nursery. Mum akan simpan bubur baby yg nak makan kat rumah dalam Avent Container kat atas tu. Superb!!


Mum pula akan simpan bubur dalam tupperware kat atas untuk bekal ke nursery.


Mum guna spoon ni untuk feed Arsyad :-)


Spoon ni pun terbaek disamping Avent. Mum bekalkan spoon ni kat nursery.


Masa mula2 lil Arsyad masuk 6M, mum beli bowl ni. Sejak berkenalan dengan Avent container, mum duk guna tu ja. Bowl ni simpan bila baby dah besar skit guna balik :-)

Saturday, April 14, 2012

Johnny's


2nd time makan Johnny's. Kiterang makan kat AEON A2 Setiawangsa. Amik sket jer sbb takut tak habis :-D


Sos dia memang terbaekkk dari ladang!!

Monday, April 9, 2012

Maggi Sup

Fuhhh lama benar dapurku tak berasap!! Akhirnya, pada malam ni, aku tergerak hati nak masak maggi sup :-) Hubby yang request. Hehe. Lagi satu, sejak last week aku start buat bubur nasi bekal nursery Arsyad. Kira panggilan pulau terus ada mood nak memasak :-)

Resipi senang ajer :

2 bungkus maggi Asam Laksa (Hubby 1 bungkus, aku 1 bungkus)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji telur
Sawi
Carrot
Lada Sulah
Lada Hitam
Ayam
Cili Merah potong

1) Tumis bawang merah dan bawang putih
2) Masukkan ayam
3) Masukkan air
4) Bila mendidih, masukkan lada sulah, lada hitam, carrot
5) Masukkan telur
6) Masukkan maggi
7) Masukkan Sawi

Tunggu dalam 2 minit. Taraaaa maggi sup sedia untuk dimamam!! Terlupa nak snap gambor coz lapaq sangat. Ngeeee

Saturday, April 7, 2012

9 Month Lil Arsyad








  • Arsyad skrang banyak tul minum susu, start 6 Oz dan kadang2 boleh cecah 11 Oz
  • Makan bubur pun banyak. Mum skrang dah start masak bubur malam2 untuk bawa bekal ke nursery. Hehe. Sblm ni ni makan nestum saja
  • Kalau letak dalam katil, Lil Arsyad dah pandai gigit kayu katil. Ishhh Ishhh 
  • Lil Arsyad suka duk dalam stroller skrang kalau g shopping complex :-D 
  • Sebut Mama (Mummy) dan Dada (Papa). Comel sangat!! 
  • Slalu kena kurung dalam playpen sbb sangat suka meng'explore' ke sana ke mari. Penat nak kejar! 
  • Lil Arsyad 2 kali dahi terhantuk. Satu atas toto. Kedua dinding. Nangis kuat giler. Mum panic dan risau sangat. Mum akan lebih berhati2 lepas ni 
  • Suka sangat memanjat bila pegang sofa, almari, sliding door. Suka explore belakang sofa 
  • Dah boleh berdiri sendiri bila duk dalam katil dan playpen. Bagus!! 
  • Setakat ni, baby berjaya habiskan bubur yg mummy masak. Happy sangat mummy!! Sedap yer. Hehe :-) 
  • Arsyad kena selsema dan batuk pula. Kesian baby :-(:-( 
  • Arsyad sangat suka main dengan cloth books :-) Gud boy!! 
  • Baby suka sangat tengok iklan kat TV. Memang ralit la. Hehe

Mamy Poko


Lil Arsyad pakai Mamy Poko since kena cirit birit hari tu sampai skrang. Pampers ni sangat bagus dan harga pun boleh tahan juga!!