Sunday, February 12, 2012

Cirit Birit

Kisahnya mula camni. Arsyad start kena cirit birit masa 7 bulan. Kan kita cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. Hari rabu start kerja macam biasa. Hantar ke nursery macam biasa.

Day 1 : Rabu (08/02/2012) :
Lepas amik dari nursery kasi Arsyad minum susu. Dalam 10 minit camtu, lil Arsyad berak cirit. Pastu dalam sejam, kami kasi susu lagi. Pastu cirit lagi. Kiterang pun hairan kenapa duk poo poo aje ni. Najisnya pun cam lain dari biasa. Kiterang buat andaian, may be Arsyad baru masuk 7 bulan, baru nak dapat skill merangkak ke, tu yg duk berak. Kami just kasi baby minum Gripe Water malam tu. Lepas tu Arsyad tido lena.

Day 2 : Khamis (09/02/2012) :
Sblm g nursery, baby akan minum susu dulu. Lepas tu, kejap jer dah poo poo cirit. Slalunya memang Arsyad akan poo poo tapi najisnya cam biasa saja. Kali ni lain macam sket. Kami pun hantar Arsyad ke nursery cam biasa. Malam tu masa amik, kasi susu. Pastu poo poo cirit lagi.

Day 3 : Jumaat (10/02/2012) :
Nursery sms yg lil Arsyad asyik poo poo cirit saja. Malam tu, terus bawa g klinik. Dr advice ada kasi ubat angin, advice suh cairkan susu dan minum air ORS banyak2.


Day 4 : Sabtu (11/02/2012) :
Lil Arsyad still lagi poo poo cirit sampai 10 kali. Asyik tukar pampers saja. Mum ada minta advice my kakak ipar dan dia suggest stopkan susu lembu buat sementara waktu. Ganti dengan susu soya base. Bila dah ok, baru sambung balik minum susu Enfalac A+. Petang tu, hubby g tesco terus beli susu Isomil. Kami kasi lil Arsyad minum susu Isomil dan poo poo cirit terus stop. Fuhh lega gak. Esok nak monitor lagi cemana.



Day 5 : Ahad (12/02/2012) :
Nampaknya poo poo baby Arsyad dah semakin ok. Hopefully recover cepat ye sayang!!

Day 6 : Isnin (13/03/2012) :
Kami hantar Arsyad ke nursery cam biasa. Lunch call nursery. Dierang kata Arsyad dah tak cirit. Mum happy giler!!

Day 7 : Selasa (14/02/2012) :
Petang tu amik Arsyad dari nursery. Arsyad cirit birit balik. Sampai merah menyala dah bontot dan kemaluan. Malam tu Arsyad nangis saja sebab sakit bila cuci poo poo dia. Tido pun pakai baju dan pampers saja. Tak pakai sluar. Mum letak bedak Pureen Merah berubat. Nampak cam ada kurang sket merah2.

Day 8 : Rabu (15/02/2012) :
Mum amik EL sebab Arsyad still lagi cirit birit. Papa dan mummy bawa baby ke Klinik lagi skali. Doc kata stopkan susu lembu, kasi susu soya dan bubur. Kiranya Arsyad tak leh makan apa2 yg berasaskan susu skrang. Sepanjang hari baby Arsyad cirit saja. Malam pun tak tidur lena.

Day 9 & 10 : Khamis (16/02/2012) :
Mummy EL lagi hari ni. Tak sampai hati nak hantar baby ke nursery. Arsyad still lagi cirit setiap kali minum susu. Alat sulit start merah balik. Setakat lunch tadi, 7 kali baby cirit. Mum call papa. Terus kami gi Hospital Pantai Ampang. Dr kasi ubat cirit, air garam dan ubat demam. Mum campur smecta dalam susu lil Arsyad. Mum dan papa still monitor lagi. Kiranya setakat ni, dah nak masuk 9 hari Arsyad cirit. Pastu hari ni start demam dan selsema pula. Waduh2. Adakah ini sebab beralih bulan?


Lepas bagi pakai Sebamed Nappy Rash Cream , nampak cam ada perubahan kepada ruam lampin lil Arsyad.

Day 11 & 12 : Jumaat (17/02/2012) & Sabtu (18/02/2012) :
Papa EL hari ni untuk jaga lil Arsyad. Papa btau cirit Arsyad dah kurang dan poo poo dah keras sket sbb duk campur smecta dalam susu baby. Petang tu, suhu badan lil arsyad naik 37.5 nak ke 38. Mum dah risau. Terus letak cool fever dan basahkan kain letak atas badan baby. Malam tu, panas lil arsyad still tak kebah walaupun dah kasi ubat demam. Kami pun duk basahkan kain letak atas badan dan kepala lil arsyad. Mum tersedar kul 5 pagi dan badan baby still lagi panas. Lepas minum susu, bagi ubat demam lg skali dan basahkan kain lagi letak atas badan arsyad. Kami plan nak g klinik pagi tu, tapi dalam kul 8 camtu, demam lil arsyad dah kebah, suhu turun 36.5. Fuhhh legaaaa.


Ofismate mum advice bagi Agel-Umi (Sesudu kecik kfc) kepada baby untuk hilangkan cirit birit. Hopefully it works!!

Day 13 : Ahad (19/02/2012) :
Subuh hari ni lil Arsyad still demam. Suhu dah nak cecah 38. Mum pun bagi susu, kasi ubat demam dan letak kain basah kat kepala Arsyad. Sejak pagi ni, lil Arsyad tak poo poo lagi. May be sbb Agel-Umi semalam. Dalam kul 8 camtu, mum call my friend tanyakan kat mana Klinik Pakar Kanak-Kanak Area umah kami. Dia suggest g Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Ong. Satu bari dengan RHB Bank dekat dengan Hospital Ampang Puteri. Rushing terus g. Rezeki Arsyad dapat turn no 3. My friend cakap klinik Dr Ong ramai orang. So kena g awal register. Mujur lil Arsyad tak dehidrated. Dr Ong kasi ubat demam, selsema and ubat Probiotics (Prolactor Suspension) untuk rawat cirit Arsyad. Dr juga suggest if cirit Arsyad tak kurang juga, kena cuba susu Enfalac A+ Prosobee. If dalam 2 hari ni tak ok juga, kena ambil sample poo poo baby dan check detail on the virus.

Day 14 : Isnin (20/02/2012) :
Nursery cakap lil Arsyad still lagi poo poo. Malam tu Mum terus minta papa g beli susu Enfalac A+ Prosobee.

Day 15 : Selasa (21/02/2012) :
Nursery kata baby dah stop poo poo. Alhamdullilah. Kami still continue makan ubat Probiotics yg doc kasi. Mum dah call Mead Johnson. Dierang cakap susu Prosobee tu selamat diminum oleh bayi. Mum pun dah call MOH. Mereka pun confirm susu selamat diminum cuma Mead Johnson kena buat packaging yg baru bukannya tempek kertas atas tin Enfamil.

Day 16 : Rabu (22/02/2012) :
Demam panas Lil Arsyad dah ok. Cuma still lagi poo poo cair. Jangkitan kuman Arsyad sangat tinggi. May be effect antibiotik dlm badan tu yg masih lagi poo poo cair.

Day 18 : Jumaat (24/02/2012) :
Lil Arsyad kena demam panas kul 12 am. Gelabah mum dan papa sebab ni first time kena demam panas. Terus g klinik amik ubat bontot.

Day 19 : Sabtu (25/02/2012) :
Suhu Arsyad turun kepada normal. Lunch demam datang balik. Mum dah risau sangat. Bagi makan ubat demam dan antibiotik. Suhu turun balik. Lepas magrib, demam panas lagi. Mum dan papa terus decide g emergency Hospital Pantai Ampang. Story detail kat sini : http://kakya1982.blogspot.com/2012/02/lil-arsyad-at-hospital-pantai-ampang.html

Boleh refer blog ni untuk reference :

8 comments:

  1. Salam Amalia,

    baca post bout ur baby & diarrhea..
    tq for sharing info
    my son pn tgh cirit2 and now dah day 7
    also minum isomil...
    really hope that he will soon getting better.

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. Wassalam Shiraishi,

    Baby saya 3 weeks cirit birit. Minggu ke 4 demam panas. Last2 admit kat Hospital Pantai Ampang. Duk 3 hari 2 malam. Alhamdullilah lepas tu sihat. Saya doakan baby awak cepat sihat ya :-)

    ReplyDelete
  3. my bby today da 9 days cirit birit.worried sgt..xtau nk bt pe.

    ReplyDelete
  4. Hi Izuan,

    Lastly, my baby baik dengan sendirinya. Dalam 1 Month juga cirit birit :-(

    ReplyDelete
  5. Oh...my doter soffiya arisssa pn cirit birit skrg...kalo ikt dh 8 ari...mcm2 dh try...ubt hosptl,tradisnl-tepung gandum bancuh dgn air suamla,kentang rbus xbuang kulitla,susu isomil la tp xjln jgk...bontot dh melecet sbb dok poo poo je...cian dia..nsb ade sebamed diaper rash cream 2.ni dh mkin kurg merh 2.mmg brksn cream 2..agk2 ape lg nk try ek?wlaupn dia asyk poo poo tp nsbla nfsu mkn dia sm je...kuat mnum n mkn.susu sblmni i stop kjp..doc tkut baby allrgic

    ReplyDelete
  6. Hi Connie,

    Insyallah baby akan baik cuma makan masa. Saya dulu pun try macam2. Lepas g jumpa paed di Pantai Hospital, baru ok.

    ReplyDelete
  7. Slm. .bby sy 1 minggu cirit birit mcm² dah try tp x bekesan pun. P3ning dah memikirkan. Ni si abg pulak kena😭😭😭

    ReplyDelete