Tuesday, May 31, 2011

Edema Semasa Hamil

Aku dah kena kaki bengkak masa masuk 6 bulan. Masa tu belum rasa sakit apa2 lagi. Cuma bengkak saja.

Pastu bila masuk 7 bulan, kaki aku bengkak dan gatal2. Sapu krim gatal, sapu minyak mestika, minyak kapak, strech mark lotion, kaki still camtu juga :-(. Aku dah start solat duduk atas lantai.


Bila masuk 8 bulan, gatal dah hilang. Kaki aku makin bengkak dan sakit sangat. Sakit sampai ke tapak kaki. Aku dah start solat duduk atas kerusi. Cuma, bezanya kali ni kaki aku nampak bengkak sebelah kanan. Kaki kanan lagi beso dari kiri. Pelik tak? Skrang tido, kaki lapik bantal. Baru rasa selesa skit. Bila jalan, sakit balik. Huhuhu. Skrang duk opis, kaki letak atas kotak.

Edema terjadi bila wujud lebih cecair dalam tisu badan dan ia memang normal masa pregnant sebab time ni badan menyerap lebih air. Tambah lak ada uterus kita yang besar tu memberi tekanan pada salur darah especially kat kawasan pelvis. JAdi, darah tak buleh mengalir dengan lancar menyebabkan berlaku edema di sekitar kaki. Biasanya edema ni berlaku bila kandungan masuk trimester ketiga dan akan hilang sebaik saja bersalin.

Bagaimanapun, jika suddenly ada bengkak di tangan atau muka particularly sekitar mata, ataupun bengkak yang melampau di kaki silalah berjumpa doktor secepat mungkin kerana itu mungkin preeclampsia, dan ia sangat berbahaya.


Cara-cara kurangkan bengkak kaki masa mengandung;

  • Tinggikan kaki sepanjang masa. Jangan gantung kaki. Lapik kaki ngan kotak bila duduk di pejabat.
  • Jangan silang kaki masa duduk. Biar je nak terkangkang pun...
  • Stretch your legs whenever possible when sitting. Kasi darah jalan.
  • Bangun sekali sekali kalau dah lama duduk. Gi jalan-jalan kejap.
  • Pakai kasut yang selesa dan boleh ikut bentuk kaki yang bengkak tu.
  • Jangan pakai stokin yang ketat getahnya.
  • Minum banyak air. It helps your body to retain less water...
  • Bersenam sikit.
  • Jaga pemakanan.Elakkan jajan.

Monday, May 9, 2011

Check Up @ 30 Weeks @ Hospital Pantai Ampang

Pejam celik pejam celik, kandunganku dah masuk 30 weeks..Alhamdullilah semuanya ok..Hehehe :-)

Mummy
1) Berat dah 83.5 kg. Berat sungguh!!
2) Tekanan Darah ok.
3) Masa g check up, aku batuk. Dr kasi ubat batuk dan ubat kumur.
4) Aku inform Dr yg bila makan Obimin Plus tu loya dan nak muntah..Dr tukarkan dengan Pramilet :-)
5) Kaki aku bengkak dan start gatal2..Malam2 mesti sapu minyak mestika sebelum tidur..
6) Skrang dah start muntah pagi..Kekadang rasa loya bila ada bau busuk
7) Pening kepala pun dah start. Sehari 2 or 3 kali. Sentiasa kena sapu minyak kapak. Huhu

Baby
1) Baby mummy dah 1.5 kg. Hehehe
2) Dr scan 3D, tak nampak muka baby. Duk tutup muka dengan tangan dia. Hihihihi..Malu lagi ker tu?