Pejam Celik Pejam Celik, my pregnancy dah masuk Week 12. Syukur alhamdullilah :-)
Jumaat lepas, 31/12 gi wat monthly check up kat klinik kita.
1) Doktor check air kencing. Alhamdullilah x der masalah kencing kotor
2) Aku timbang berat. Mak aiii naik 2 kg. Berat skrang 72 kg. Doktor kata berat juga. Hubby dah soh kawal makan. Huhuhu
3) Doktor scan baby. Alhamdullilah okay. Panjang baby 59.9mm (2.35 inci). Tak sabar nak scan 13 weeks nanti..
4) Doktor kasi multivitamin baru, Obimin. Alhamdullilah, lepas makan Obimin kurang rasa loya dan nak muntah. Dulu kalau makan Acid Folic sure muntah
5) Next Sat, 8/1, kena g amik darah...
Perubahan diriku :
1) Masih muntah lepas breakfast. Huhuhu.
2) Pening kepala slalu. Mlm2 sblm tido kena sapu minyak kapak kat dahi, kasi panas baru boleh tido
3) Suka minum air kotak dutch lady perisa coklat. Susu putih tak mau langsung. Naik loya tekak.
4) Suka makan ikan masak cili ke, sambal ke. Asal masakan pedas2. Ayam x berapa nak sangat. Hehe.
5) Suka sangat makan kopok ikan goreng. Rajin btul goreng kopok skrang. Makan dgn nasi goreng, bihun goreng ke, memang sodappp
No comments:
Post a Comment