Saturday, November 20, 2010

Week 6

Aku skrang dah start minum susu Anmum Materna Perisa Coklat :-) Sedap gak susu ni. Lebih kurang rasanya cam susu Anlene...



Skrang ni tak boleh nak makan awal sangat
cam kul 8 ke 9 ke. Sure tekak rasa loya dan muntah balik segala makanan. So, aku pepagi akan minum Anmum dan makan Acid Folic. Pastu dalam kul 10 ke 11 camtu, baru boleh makan..

Dulu sebelum preggy, mesti kena makan sebelum kul 9.30 pg. Kalau tak angin kus2 menyerang. Hehe.

Masuk Week 6 ni, selera makan tu dah ada skit. Masa Week 5 tu, takder selera makan. Tengok semua makanan, same jerk. Hehehe. Aku blum pegi check up and scan lagi. Hubby kata Week 8 baru jumpa doktor balik...

Week 6
Berat Mummy : 69 KG

Minggu ke-6

Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan dan sebagainya bermula saat ini sehingga bayi anda dilahirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta gaya hidup anda.

Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan dating, lebih daripada 100 bilion neurons akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang.

Apa yang berlaku pada anda?
Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh merasakan sedikit perbezaan pada saiz pelvik ketika ini.

Pengambilan nutrisi anda – Pada enam minggu
Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium, asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah sembelit. Makanan yang membantu perkembangan bayi adalah:-

  • Roti, beras, pasta dan bijirin – Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.
  • Buah-buahan – 3-4 hidangan sehari
  • Sayur-sayuran – 4 hidangan sehari
  • Daging dan sumber protein yang lain – 2-3 hidangan sehari
  • Produk tenusu – 3-4 hidangan sehari
  • Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori – 2-3 hidangan sehari

1 comment:

  1. Tahniah... Boleh saya cadangkan sesuatu... kalau x nak xper.. Minum Susu Higoat keluaran HR... InsyaAllah dgn khasiat yang ada pada susu hiqoat ini.. kandungan akan sihat dan bb putih gebu serta sihat... Jangan risau.. Rasanya sedap dan lemak berkrim.. :)
    Kalau x nak .. xper.. saya mencadangkan sahaja...
    http://berjayabersamahr.blogspot.com

    ReplyDelete