Friday, April 1, 2011

Perkembangan Bayi 5 bulan ke atas...

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg.

Sunday, March 27, 2011

Check Up @ 24 Weeks @ Klinik Kita Desa Pandan

Semalam g check up 24 weeks kat Klinik Kita Desa Pandan.

Mummy
1) Berat Mummy naik 1.5 kg lagi. Total skrang 77 kg. Berat kan?
2) Doktor kata tak perlu buat test gula sebab berat naik within range 1-2 kg.
3) Doktor dah kasi referral letter untuk continue check up hospital yg kita nak bersalin. Aku pilih Hospital Pantai Ampang sebab dekat ngan umah. Lagi 2 weeks, jumpa gynea kat sana..Yeyyy!!!
4) Skrang aku selalu rasa lapaq. Kejap2 nak makan. Makan itu makan ini. Hihihi. Skrang suker makan chocolate. Sedapnyaaa..
5) Alhamdullilah, muntah pagi dah berkurang

Baby
1) Taraaaa, baby mummy ni insyallah boy sebab doktor kata nampak 'Bird' dier
2) Dah nampak baby jelas semalam masa scan. Hehehe
3) Doktor ukur BPD baby 22 weeks 5 days. Aku pula kalau ikut last period, sepatutnya dah pregnant 24 weeks. Doktor kata semua ok cuma baby kecil.
4) Aku plak vitamin makan, susu minum. Tak pasti kenapa baby kecil. Bila baca kat internet, memang +- 2 weeks ukuran baby.
Hopefully semua sihat sejahtera.

Ada tak kawan2 yg experience cam ni gak?

Saturday, March 12, 2011

Jagung Rebus

Baby suka makan jagung yer? Hehehehe :-D Sejak 5 bulan pregnant ni, aku suka sangat makan jagung. Boleh dikatakan every week, mesti request husband beli jagung kat pasar malam. Hehehehe..

Khasiat Jagung :

1) Kaya akan vitamin B1, B5, asam folat, dan vitamin C

2) Menurunkan kadar kolesterol,
3) Mengurangi risiko kanker usus besar
4) Menurunkan kadar gula darah dan mengelakkan diabetes
5) Menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati.
6) Menurunkan tekanan darah
7) Melancarkan pengaliran darah
8) Melawaskan kencing
9) Mengurangkan risiko penyakit jantung

Tuesday, March 1, 2011

Check Up @ 20 Weeks @ Klinik Kita Desa Pandan

Alhamdullilah dah masuk 5 bulan preggy. Hehehe.

Mummy
1) Alhamdullilah rasa sehat sangat2. Rasa bertenaga.
2) Berat naik 1.5 kg saja. Hehehe. Total berat : 75.5 kg. Next month doc kata nak buat test gula pun bley...
3) Kaki dah start krem. Seminggu sekali mesti jadi. Sakit sangat. Slalu jadi dalam 2 or 3 pagi camtu. Doc kasi supplement Kalsium. Makan 1 kali sehari. Ngeeeee
4) Masih lagi muntah pagi2 sebelum pegi opis

Baby
1) Dah dapat rasa baby gerak2. Baby tendang kanan. Baby tendang kiri. Hehehe
2) Lum dapat tahu jantina lagi..Huhuhu...Baby gerak banyak masa scan..Kejap kepala kat bawah. Kejap kaki ke atas la. Baby duk selongkar perut mum die :-D

3) Baby sihat alhamdullilah..

Saturday, February 5, 2011

Supplement Semasa Mengandung

Trimester 1 - Amik Acid Folic saja.
Trimester 2 - Setakat ni amik Obimin saja. Untuk tambah darah.


Selain tu, aku dah boleh minum Susu EnfaMama Perisa Coklat. Aku minum pagi dan malam.


Bila kandungan dah masuk 5 bulan, aku plan nak amik Neurogain. Bagus untuk perkembangan otak baby.

Friday, February 4, 2011

Check Up @ 16 Weeks @ Klinik Kita Desa Pandan

Alhamdullilah, kandunganku dah masuk 4 bulan :-D Kejap jer rasa..

Masa Week 14, aku demam, batuk, lelah dan selsema. Ni kira kali ke-2 aku sakit sejak pregnant ni.

Mummy
1) Check Air Kencing - Okay

2) Check Tekanan Darah - Okay
3) Berat Mummy - Naik 2 kg. Total berat : 74.5 kg. Sememangnya sebelum preggy pun aku ni dah berat..Doktor dah sound la. Next check up dah kena buat test gula. Huwaaaa..Takmoooo. Korang pernah test ke? Ape rase nye?
4) Aku masih lg muntah pagi dan petang. Lepas muntah rasa energetic sangat!!!
5) Skrang dah stop makan nasi lemak. Pagi breakfast roti gardenia wholemeal, telur rebus, sardin. Letak tomato dan timun banyak2. Lunch plak makan stim2, sup2. Lapo saja makan buah epal, lai. Kena control berat la. Doctor advice naik 1kg per month.
6) Aku dah boleh minum susu enfamama :-D Tapi bancuh 3 sudu dulu. Takut muntah. Bila dah masuk 5 bulan boleh try bancuh full 6 sudu. Ngeeeeee

Baby
Lum tahu jantina lagi. Hehehe. Hopefully girl :-) Mum nya asyik muntah2
Perkembangan baby follow date, 16 Weeks 3 Days.
Dah nampak tulang belakang, kaki dan tangan. Kecik lagi. Comel sangat.

Tuesday, January 18, 2011

Week 14

I'm sick again!!! Kenapa mummy asyik sakit ni baby? :-(:-( Week 8 dah sakit. Week 14 sakit balik. Mcm biasalah aku kena demam, selsema, batuk dan lelah. Kawan-kawan sebelah menyebelah pun sakit. Aku apa lagi, jangkit lerrr.. Haihhhhh... Everything started last Friday. Balik ofis terus rasa sejuk semacam. Duk ruang tamu tak pasang kipas. Makan ubat uphamol, pakai jacket, terus badan berpeluh2. Cian my Hubby, duk jugak la dalam kepanasan.

Semalam n hari ni x pegi opis. Badan lum sihat lagi. Hopefully esok dah boleh ke pejabat. Banyak dah kerja tertangguh niehhh. Dengan mailbox full lagi. Alahaiiii...

Changes on me :

Suke :

1) Nasi Lemak Paru Kampung Pandan..Soo Yummy :-)
2) Sardin Roll
3) Susu Dutch Lady Coklat
4) Subway
5) Popia
6) Dominos Pizza
7) Tengok Channel 706 - Food Network Asia. Girl kot kan? Hehehehe :-)
8) Asam Pedas Desa Pandan

Kalau makan, sure muntah :

1) Pisang. Owhhh, my baby takmo pisang yer? Demand yer baby!!!
2) Burger Mcd
3) KFC