Showing posts with label Arsyad. Show all posts
Showing posts with label Arsyad. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

10 Month Lil Arsyad

 




  • Lil Arsyad dah tak nak makan nestum skrang. Bila suapkan nestum, dia sure sembur. Suka makan nasi la tu cam papa :-D
  • Tak suka duk dalam playpen, pasti nangis teresak-esak. Nak bebas ke sana ke mari. Kalau keluarkan dia dari playpen, gembira betul
  • Sangat suka ketawa bila kita main2 ngan dia. Duk tunjuk gusi jer :-D 
  • Alhamdullilah, dah nampak bayang 4 batang gigi atas akan tumbuh :-)
  • Mum skrang try pelbagaikan menu bubur baby. Tengah cuba tomato, kacang buncis, sawi, kacang pis, jagung
  • Arsyad skrang kalau tengok cartoon, ketawa n senyum2 sengih2 nampak gigi ;-)
  • 2 batang gigi kat atas dah tumbuh :-)
  • Baby demam panas, selsema dan kahak banyak. Muntah bila kahak banyak
  • Baby skrang dah pandai garang2. Hehe. Comel jer bila dia marah
  • Skrang tak nak makan sangat. Makan pun tak habis. 

Wednesday, May 2, 2012

Koleksi Botol Susu

AVENT is the best botol susu yang mum guna untuk Lil Arsyad!!

2nd, mum suka gak guna botol susu Dr Brown :-)

3rd, botol susu tupperware. Takleh ketat sangat pusing penuntup dia, nanti susu tak keluar. Kena pusing sket jer.

Sunday, April 22, 2012

Susu Enfalac A+ new packaging & naik harga?

Semalam papa g Speedmart nak beli susu Enfalac A+ lil Arsyad. Kami selalu beli susu packaging dalam kotak. Bila masuk kereta :

Papa : Cuk, susu Arsyad dah naik harga !!
Mummy : Hah ye ke. Berapa? Mum pun tengok kotak. Fuhh RM 66.90.
Papa : Mahal kan.
Mummy : Tuh la. Kalau beli kat JJ tak tahu la berapa pula harganya. Packaging pun dah lain. 3 bulan lagi baby minum susu ni. Lepas ni minum Enfagrow pula. Hehehe.

Sebelum ni, harga susu RM 61.90. Skrang RM 66.90. Naik 5 ringgit tu!!

  • Mum dah call Mead Johnson. Confirm yg Mead Johnson tak ada kluarkan packaging baru untuk susu Enfalac A+ kotak. Original packaging untuk kotak, atas gold, bawah kuning.
  • Mum ada pergi Tesco Ampang last weekend. Tanya staff Mead Johnson. Memang confirm Mead Johnson tak ada tukar packaging susu Enfalac A+.
6th May 2012 :
Mum g ke Jusco Mid Valley. Hajat nak beli susu baby. Terkejut mum yg Jusco pun dah jual Enfalac A+ packaging baru. Harga jadi RM 69 kalau beli kat Jusco. Esok mum akan call Mead Johnson skali lagi.   

13th May 2012 :
Mum dah confirm dengan Mead Johnson. Memang confirm dah semua susu Enfalac A+ dah tukar packaging dan harga naik!! Nutrisi kurang dr dulu. Nasib baik kurang 1g jer. Mendadak lak branding dierang ni!!



Packaging baru Enfalac A+

Saturday, April 21, 2012

Terhantuk

Sejak masuk 9M ni, dah 2 kali Lil Arsyad terhantuk. Mum panic giler. Rasa bersalah semua ada. Takut jadi apa2 kat baby.

  • Jatuh dari sofa, dahi terhantuk kat atas toto. Kening merah
  • Dahi terhantuk ke dinding sbb laju sangat mengulur ke depan. Mum check suhu ok. Tak ada muntah2. Cuma ada line darah sikit ja dalam hingus baby.

Lepas ni, mum nak letak baby dalam playpen supaya lebih selamat. Mummy dan Papa kena lebih berjaga2.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sifatingintahutinggi/Article

Diaper Rash Cream

Since Lil Arsyad lahir, alhamdullilah dia tak pernah kena ruam lampin. Sampai la baby diserang cirit birit yang teruk masa 7 Month, terus kena ruam lampin.


Masa mula2 Lil Arsyad kena cirit birit masa 7 Month, Mum guna bedak berubat ni. Ada kurang sket jer.
 
Pastu, mummy guna bedak johnson pula. Tak jadi juga.
 Mum guna cream ni pula. Fuhhh berkesan! Terus baik ruam lampin Arsyad :-)

Tapi selang seminggu lepas tu, ruam lampin datang balik. Kali ni kat celah2 paha pula. Siap ada berisi air. Mum guna balik krim Sebamed sblm ni dah tak menjadi. Huhuhu. Kawan2 advice, guna krim pureen. Tak baik juga :-(

Akhirnya, mummy try guna Drapolene Cream. Alhamdullilah, ruam lampin baby dah baik. Fuhhh lega. Mum akan kekalkan guna Drapolene!!

Sunday, April 15, 2012

Feeding Accessories


Sejak Lil Arsyad 8M, mummy dah start masak bubur setiap malam. Sblm ni, mum bekalkan nestum ja ke nursery. Mum akan simpan bubur baby yg nak makan kat rumah dalam Avent Container kat atas tu. Superb!!


Mum pula akan simpan bubur dalam tupperware kat atas untuk bekal ke nursery.


Mum guna spoon ni untuk feed Arsyad :-)


Spoon ni pun terbaek disamping Avent. Mum bekalkan spoon ni kat nursery.


Masa mula2 lil Arsyad masuk 6M, mum beli bowl ni. Sejak berkenalan dengan Avent container, mum duk guna tu ja. Bowl ni simpan bila baby dah besar skit guna balik :-)

Saturday, April 7, 2012

9 Month Lil Arsyad








  • Arsyad skrang banyak tul minum susu, start 6 Oz dan kadang2 boleh cecah 11 Oz
  • Makan bubur pun banyak. Mum skrang dah start masak bubur malam2 untuk bawa bekal ke nursery. Hehe. Sblm ni ni makan nestum saja
  • Kalau letak dalam katil, Lil Arsyad dah pandai gigit kayu katil. Ishhh Ishhh 
  • Lil Arsyad suka duk dalam stroller skrang kalau g shopping complex :-D 
  • Sebut Mama (Mummy) dan Dada (Papa). Comel sangat!! 
  • Slalu kena kurung dalam playpen sbb sangat suka meng'explore' ke sana ke mari. Penat nak kejar! 
  • Lil Arsyad 2 kali dahi terhantuk. Satu atas toto. Kedua dinding. Nangis kuat giler. Mum panic dan risau sangat. Mum akan lebih berhati2 lepas ni 
  • Suka sangat memanjat bila pegang sofa, almari, sliding door. Suka explore belakang sofa 
  • Dah boleh berdiri sendiri bila duk dalam katil dan playpen. Bagus!! 
  • Setakat ni, baby berjaya habiskan bubur yg mummy masak. Happy sangat mummy!! Sedap yer. Hehe :-) 
  • Arsyad kena selsema dan batuk pula. Kesian baby :-(:-( 
  • Arsyad sangat suka main dengan cloth books :-) Gud boy!! 
  • Baby suka sangat tengok iklan kat TV. Memang ralit la. Hehe

Mamy Poko


Lil Arsyad pakai Mamy Poko since kena cirit birit hari tu sampai skrang. Pampers ni sangat bagus dan harga pun boleh tahan juga!!

Monday, March 12, 2012

8 Month Lil Arsyad








  • Baby dah start buat macam2 gaya. Nampak cam duduk pun ada. Nampak cam nak merangkak pun ada. Hehe :-)
  • Alhamdullilah, lil arsyad dah sihat dari cirit birit dan demam
  • Baby dah boleh duduk cuma masih tak stabil. Hehe
  • Arsyad dah pandai paut kat katil, kat sofa, kat playpen, kat almari tv, mcm nak berdiri.
  • Dah sangat laju mengesot ke sana sini kalau nak amik apa2. Minat betul ngan kipas, tikar dan almari tv. Mainan dia tak nak main. Huhu
  • Mum dah rendahkan alas playpen Arsyad. Bahaya sbb dia dah pandai berpaut. Takut jatuh kedebob :-D
  • Arsyad skrang kalau makan dah x comot sangat. Dah pandai makan bila kita suap. Good boy!!!

Wednesday, February 29, 2012

Lil Arsyad at Hospital Pantai Ampang

Baby kena admit kat Pantai Ampang due to high fever and viral infection. Ni gara2 cirit birit dah dekat 3 minggu. Sabtu ni ada follow up lagi dengan doc untuk amik darah arsyad. Nak check bacaan kuman dah turun banyak ke tak. Alhamdullilah tadi g follow up Dr, infection dah tak ada :-)







Sunday, February 12, 2012

Bumble Bee Easy-Clean and Roll Bib

Mum dah beli bib baru untuk Lil Arsyad. Best sangat pakai bip ni sebab kalau makanan or air terus tumpah dalam bekas dia. Baju tak kotor langsung. Bip terbaik yang pernah mum jumpa :-) I luv Bumblee Bee :-)


Cirit Birit

Kisahnya mula camni. Arsyad start kena cirit birit masa 7 bulan. Kan kita cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. Hari rabu start kerja macam biasa. Hantar ke nursery macam biasa.

Day 1 : Rabu (08/02/2012) :
Lepas amik dari nursery kasi Arsyad minum susu. Dalam 10 minit camtu, lil Arsyad berak cirit. Pastu dalam sejam, kami kasi susu lagi. Pastu cirit lagi. Kiterang pun hairan kenapa duk poo poo aje ni. Najisnya pun cam lain dari biasa. Kiterang buat andaian, may be Arsyad baru masuk 7 bulan, baru nak dapat skill merangkak ke, tu yg duk berak. Kami just kasi baby minum Gripe Water malam tu. Lepas tu Arsyad tido lena.

Day 2 : Khamis (09/02/2012) :
Sblm g nursery, baby akan minum susu dulu. Lepas tu, kejap jer dah poo poo cirit. Slalunya memang Arsyad akan poo poo tapi najisnya cam biasa saja. Kali ni lain macam sket. Kami pun hantar Arsyad ke nursery cam biasa. Malam tu masa amik, kasi susu. Pastu poo poo cirit lagi.

Day 3 : Jumaat (10/02/2012) :
Nursery sms yg lil Arsyad asyik poo poo cirit saja. Malam tu, terus bawa g klinik. Dr advice ada kasi ubat angin, advice suh cairkan susu dan minum air ORS banyak2.


Day 4 : Sabtu (11/02/2012) :
Lil Arsyad still lagi poo poo cirit sampai 10 kali. Asyik tukar pampers saja. Mum ada minta advice my kakak ipar dan dia suggest stopkan susu lembu buat sementara waktu. Ganti dengan susu soya base. Bila dah ok, baru sambung balik minum susu Enfalac A+. Petang tu, hubby g tesco terus beli susu Isomil. Kami kasi lil Arsyad minum susu Isomil dan poo poo cirit terus stop. Fuhh lega gak. Esok nak monitor lagi cemana.



Day 5 : Ahad (12/02/2012) :
Nampaknya poo poo baby Arsyad dah semakin ok. Hopefully recover cepat ye sayang!!

Day 6 : Isnin (13/03/2012) :
Kami hantar Arsyad ke nursery cam biasa. Lunch call nursery. Dierang kata Arsyad dah tak cirit. Mum happy giler!!

Day 7 : Selasa (14/02/2012) :
Petang tu amik Arsyad dari nursery. Arsyad cirit birit balik. Sampai merah menyala dah bontot dan kemaluan. Malam tu Arsyad nangis saja sebab sakit bila cuci poo poo dia. Tido pun pakai baju dan pampers saja. Tak pakai sluar. Mum letak bedak Pureen Merah berubat. Nampak cam ada kurang sket merah2.

Day 8 : Rabu (15/02/2012) :
Mum amik EL sebab Arsyad still lagi cirit birit. Papa dan mummy bawa baby ke Klinik lagi skali. Doc kata stopkan susu lembu, kasi susu soya dan bubur. Kiranya Arsyad tak leh makan apa2 yg berasaskan susu skrang. Sepanjang hari baby Arsyad cirit saja. Malam pun tak tidur lena.

Day 9 & 10 : Khamis (16/02/2012) :
Mummy EL lagi hari ni. Tak sampai hati nak hantar baby ke nursery. Arsyad still lagi cirit setiap kali minum susu. Alat sulit start merah balik. Setakat lunch tadi, 7 kali baby cirit. Mum call papa. Terus kami gi Hospital Pantai Ampang. Dr kasi ubat cirit, air garam dan ubat demam. Mum campur smecta dalam susu lil Arsyad. Mum dan papa still monitor lagi. Kiranya setakat ni, dah nak masuk 9 hari Arsyad cirit. Pastu hari ni start demam dan selsema pula. Waduh2. Adakah ini sebab beralih bulan?


Lepas bagi pakai Sebamed Nappy Rash Cream , nampak cam ada perubahan kepada ruam lampin lil Arsyad.

Day 11 & 12 : Jumaat (17/02/2012) & Sabtu (18/02/2012) :
Papa EL hari ni untuk jaga lil Arsyad. Papa btau cirit Arsyad dah kurang dan poo poo dah keras sket sbb duk campur smecta dalam susu baby. Petang tu, suhu badan lil arsyad naik 37.5 nak ke 38. Mum dah risau. Terus letak cool fever dan basahkan kain letak atas badan baby. Malam tu, panas lil arsyad still tak kebah walaupun dah kasi ubat demam. Kami pun duk basahkan kain letak atas badan dan kepala lil arsyad. Mum tersedar kul 5 pagi dan badan baby still lagi panas. Lepas minum susu, bagi ubat demam lg skali dan basahkan kain lagi letak atas badan arsyad. Kami plan nak g klinik pagi tu, tapi dalam kul 8 camtu, demam lil arsyad dah kebah, suhu turun 36.5. Fuhhh legaaaa.


Ofismate mum advice bagi Agel-Umi (Sesudu kecik kfc) kepada baby untuk hilangkan cirit birit. Hopefully it works!!

Day 13 : Ahad (19/02/2012) :
Subuh hari ni lil Arsyad still demam. Suhu dah nak cecah 38. Mum pun bagi susu, kasi ubat demam dan letak kain basah kat kepala Arsyad. Sejak pagi ni, lil Arsyad tak poo poo lagi. May be sbb Agel-Umi semalam. Dalam kul 8 camtu, mum call my friend tanyakan kat mana Klinik Pakar Kanak-Kanak Area umah kami. Dia suggest g Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Ong. Satu bari dengan RHB Bank dekat dengan Hospital Ampang Puteri. Rushing terus g. Rezeki Arsyad dapat turn no 3. My friend cakap klinik Dr Ong ramai orang. So kena g awal register. Mujur lil Arsyad tak dehidrated. Dr Ong kasi ubat demam, selsema and ubat Probiotics (Prolactor Suspension) untuk rawat cirit Arsyad. Dr juga suggest if cirit Arsyad tak kurang juga, kena cuba susu Enfalac A+ Prosobee. If dalam 2 hari ni tak ok juga, kena ambil sample poo poo baby dan check detail on the virus.

Day 14 : Isnin (20/02/2012) :
Nursery cakap lil Arsyad still lagi poo poo. Malam tu Mum terus minta papa g beli susu Enfalac A+ Prosobee.

Day 15 : Selasa (21/02/2012) :
Nursery kata baby dah stop poo poo. Alhamdullilah. Kami still continue makan ubat Probiotics yg doc kasi. Mum dah call Mead Johnson. Dierang cakap susu Prosobee tu selamat diminum oleh bayi. Mum pun dah call MOH. Mereka pun confirm susu selamat diminum cuma Mead Johnson kena buat packaging yg baru bukannya tempek kertas atas tin Enfamil.

Day 16 : Rabu (22/02/2012) :
Demam panas Lil Arsyad dah ok. Cuma still lagi poo poo cair. Jangkitan kuman Arsyad sangat tinggi. May be effect antibiotik dlm badan tu yg masih lagi poo poo cair.

Day 18 : Jumaat (24/02/2012) :
Lil Arsyad kena demam panas kul 12 am. Gelabah mum dan papa sebab ni first time kena demam panas. Terus g klinik amik ubat bontot.

Day 19 : Sabtu (25/02/2012) :
Suhu Arsyad turun kepada normal. Lunch demam datang balik. Mum dah risau sangat. Bagi makan ubat demam dan antibiotik. Suhu turun balik. Lepas magrib, demam panas lagi. Mum dan papa terus decide g emergency Hospital Pantai Ampang. Story detail kat sini : http://kakya1982.blogspot.com/2012/02/lil-arsyad-at-hospital-pantai-ampang.html

Boleh refer blog ni untuk reference :

Wednesday, February 1, 2012

7 Month Lil Arsyad





  • Baby Arsyad dah pandai golek skrang. Golek ke kanan. Golek ke kiri. Laju betul. Skrang kalau kat nursery, Arsyad dah dipindahkan dari duk atas tilam ke dalam playpen. Hehehe. Takut tergolek atas baby kecik yg lain :-)
  • Mum nak try bagi Arsyad makan nestum with honey. Nursery btau Arsyad suka makan.
  • Nursery kata Arsyad pun suka makan nestum rice with mix fruits :-)
  • Arsyad kena cirit birit yang teruk masa 7 bulan ni. Kesian baby :-(
  • Arsyad kena demam panas 39.5. Admitted kat Pantai Hospital for 3 days.
  • Gigi Arsyad tumbuh 2 batang dalam masa duk cirit dan demam
  • Arsyad suka hisap jari telunjuk kanan dan tangan sebelah kiri akan cover jari tu. Comel !!

Monday, January 16, 2012

Huggies

Mummy guna Huggies NewBorn masa Lil Arsyad lahir sampai umur 3 bulan.


Pastu, mummy tukar dari NewBorn ke Huggies Ultra. Harga pun boleh tahan!!


Bila Arsyad masuk 6 bulan, Mummy try Huggies Dry Comfort Merah dan Huggies Dry Biru.


Kesimpulannya, Mum akan maintain guna Huggies Dry Biru. Hehehe :-)

Monday, January 9, 2012

Solid Food

Mum dah kasi baby Arsyad makan solid food last week. Mummy dah try kasi lil Arsyad makan nestum cerelac, heinz puree pear dan pisang dan biskut farley rusk. Arsyad suka makan. Habis semangkuk makan :-)