Sunday, January 13, 2013

Arsyad @ 1 Year 6 Months

Progress Arsyad :

  • Dah laju jalan skrang. Hihihi :-) Kalau g supermarket, kalau kita nak pegang tangan dia takmo. Nak jalan sendiri
  • Arsyad demam lama 2 minggu. Mum terus g jumpa paed di Pantai Ampang. Doktor amik darah nak check sel darah putih dan jangkitan kuman. Doktor amik X-TRAY gak untuk check pneumonia. Resultnya, sel darah putih ok but paru2 Arsyad kena jangkitan mild pneumonia. Alhamdullilah lepas bagi ubat antiobiotik yg lebih kuat dan ubat kahak, Arsyad dah sembuh. Yeayyy.
  • Mum kasi Arsyad makan Appeton Lysine untuk naikkan selera makan. Masa mula2 mum kasi time Arsyad sakit so mum tak nampak apa2 perubahan. Sejak dia sihat ni, memang dia asyik makan jer. Makan nasi, biskut, roti semua makan. Alhamdullilah. Mum akan teruskan kasi appeton sampai habis
  • Arsyad skrang if lambat kasi susu ke, amik mainan dia ke or tak kasi itu ini, dia akan mengamuk dan rebahkan badan dan kepala dia slow2. Pandai lak takut sakit. Haihhh macam2 perangai anak terunaku skrang. Kena pujuk dulu baru ok. Papa la yg slalu pujuk bucuk mum ni
  • Target mummy skrang, nak Arsyad boleh sebut pelbagai words. Skrang ni masih duk cakap korea dan german jer. Arsyad still tak boleh sebut Papa, Mummy or apa2 words. Sekali sekala ada. Doktor suggest if umur 2 tahun nanti masih lum boleh bercakap, nak kena amik Hearing Test. So skrang hari2 mummy cuba buka You Tube, search nursery rhythms for Toddler dan mummy nyanyi kat Arsyad. Selalunya end up Arsyad hisap jari sambil dengar mum nyanyi. Haihhhhh

Jom layan gambar terbaru Acad :




No comments:

Post a Comment