Mummy dan Arsyad posing Raya 2013
Jom kita layan apa yang Arsyad dah boleh buat sejak masuk 2 tahun :
- Nak makan sendiri. Tak nak kita suap. Makan dengan sudu or garpu. Masuk mulut sikit jer, yang bersepahnya banyak
- Nak minum sendiri. Mum dan Papa akan pegang gelas dan Arsyad minum. Ok gak. Jarang tumpah. Hehehe
- Dah boleh naik turun tangga sendiri sambil pegang penghadang tangga
- Dah terror explore Samsung Note 2 Mummy. Tengok Youtube Upin Ipin, HooplaKidz Nursery Rhymes. Click folder Gallery, Music Player. Dah pandai pilih sendiri Picture or Video mana nak tengok, lagu mana nak dengar. Hahaha
- Arsyad dah kenal diri sendiri kalau dia pilih gambar or video yang Mum rakam tu ada gambar dia. Gelak2 dan sengih2
- Bila ajak mandi, terus ready nak mandi kat atas. Terus berlari duk depan tangga
- Dah faham bila suruh duduk or sit
- Bila kita bawa makanan or minuman, Arsyad terus datang kat Mummy dan Papa terus sit
- Suka sangat dengan kereta mini biru yang Mum beli kat Toy r us. Favourite dia. Kadang2, tidur sambil peluk car
- Focus bila main Lego dan Shape Sorter :-) Kena ada Mum or Papa main sama2. Else Arsyad akan baling mainan dia sebab bosan main sorang2
- Manja betul anak teruna ni. Kalau g supermarket, jalan kejap lepas tu dah nak berdukung. Haizzz
- Kalau g umah orang tak Arsyad tak kenal, malu betul dia. Asyik duk berkepit dengan Mummy dan Papa saja
- Bila Arsyad dengar Azan kat TV, terus berdiri atas tilam dan solat. Bagus anak Mummy
Setakat 2 tahun ni, perkataan yang selalu Arsyad cakap cam kat bawah. Next week, nak ke Pantai Cheras buat Audiology test. Sebab doc kata by 2 years sepatutnya, kanak-kanak dah boleh bercakap sambung ayat guna 2 patah perkataan. Eg : Nak susu, Nak Mandi. Tapi Arsyad belum lagi, masih cakap sepatah perkataan.
Kakak = Orang. Tak kira Kakak/Abang. Semua Kakak
Papa = Papa Arsyad
Ta = Tata
Acih = Terima Kasih
Nah = Ambil
Nak = Nak
Air = Air
Akut = Yakult
Mama = Mummy
Po Po Po = Boboiboy
Tu = Itu
Tutu = Susu
Atuh = Jatuh
Eee aakkuutuu = Eee Apa Tu
Kokok = Pokok
Miaw Miaw = Kucing
Hmmm Yummm = Sedap
Akit = Sakit
Dom = Jom
Ubat = Babat
Katak = Tatak
Seven = Seven
Dom = Jom
Ubat = Babat
Katak = Tatak
Seven = Seven
Arsyad maintain minum Susu Friso Gold sampai skrang :-)