Monday, October 29, 2012

Enfagrow A+


Arsyad masih kekal minum Susu Enfagrow A+ Original Flavor. Mum plan nak tukar susu. Brand apa yg best eh?

Arsyad masa baby

Sepetnyer mata!!

Baru nak pandai meniarap. Masih lum stabil. Hehehe

Nyum nyum sedapnya hisap jari sampai skrang!

Pandang apa tu? Macho nampak.

Sunday, October 21, 2012

Weekend Routine

Every weekend, ni la routine mummy :

1. Arsyad minum susu kul 8 pagi
2. Lepas tu mum mandi dan breakfast kul 9 - 10 pagi
3. Kul 10, mandikan Arsyad
4. Lepas tu basuh baju office papa dan basuh baju mum skali
5. Rendam baju Arsyad pulak. Ahad pagi baru lipat kain Arsyad dan basuh baju Arsyad. Ahad mum akan basuh tudung juga.
6. Sementara basuh baju, lipat kain yg 1 week tak berlipat. Papa akan jaga Arsyad. Lipat kain ni makan masa 1 hour pulak
7. Kul 12, sidai baju yang dah di basuh
8. Lepas tu kalau rajin nak masak, mum masak. Kalau tak papa keluar beli makanan. Kalau bosan duk umah, satu family akan kluar jalan2 shopping or beli barang2 dapur or beli barang2 Arsyad. Slalunya kluar umah lepas Zuhur sampai malam. Hahaha :-D

Wish List

Avent Cup model ni bagus sebab bila anak minum air tak tumpah. Kalau tonggeng ke apa ke, air takkan keluar. Bila sedut, baru air keluar.


Dah lama nak beli sejak Hari Raya hari tu lagi. Model ni ada kat Toys"R"US.


Since Arsyad lum berani nak berjalan sendiri, Mummy nak train guna walker ni. Model ni ada kat Toys"R"US juga :-)



Moga2 impian untuk memiliki Samsung Galaxy Note II tercapai tahun 2012 :-)

Arsyad @ 1 Year 3 Months

Sejak masuk 1 Year 3 Months ni, mcm2 Arsyad dah buat :


  • Dah boleh panjat sofa kat umah. Sofa ni tinggi juga :-D
  • Dah boleh turun dari sofa ikut cara yg betul. Masa first time nak turun, kira nak terjun terus jerk. Ishhh Ishhh
  • Dah tak nak makan bubur dan nestum
  • Dulu masa blend nasi, habis semangkuk. Sejak makan nasi betul ni, makan nasi ikut mood dia. Kadang nak kadang tak nak
  • Suka makan biskut. Apa2 biskut pun boleh
  • Suka minum susu sejak kecik sampai skrang
  • Asyik la bercakap guna bahasa dia. Bunyi macam bahasa Korea. Dah la muka pun korea. Adoi laaa
  • Still takleh berjalan sendiri. Dah nampak cubaan nak berdiri tapi lum kuat lagi
  • Kalau suapkan Arsyad makan, kalau makanan tertumpah kat pipi ke, bibir ke, mesti nak alih makanan tu dengan tangan. Kira tak nak comot la tu. Kecik2 dah cermat. Haihhhh menurun papa dia ni
  • Masih kekal isap jari telunjuk. Haihhh
  • Kalau tetiba Astro problem, Arsyad akan terus amik remote dan halakan ke TV. Haha. Ni mesti duk tengok kiterang asyik la duk tukar channel
  • Dah makin suka tengok cartoon dan drama. Arsyad slalu akan sama2 follow citer yg mummy tengok. Setakat ni setia follow MasterChef dan Adam Hawa. Kecik2 dah minta drama. Ngeeee  
  • Dah pandai ngeleng kepala bila tak nak apa2