Sunday, June 24, 2012

Downy Passion

Last week g bangi jumpa mama nak g umrah. Singgah umah adik dulu. Kebetulan adik pun duk satu taman ngan kakak ipar. Bila sampai umah adik, mummy bau wangi sangat. Masa tu adik tgh sidai kain. 

Mummy: Hmm wanginya baju. Pakai sabun apa tu?
Adik: Sabun breeze jer. Letak downy. Beli yg botol merah. Wangi semerbak. Tak yah pakai perfume dah. Hehehe
Mummy: Haaa ye ke. Kakya nak beli la pasni.
 
 
Tadi g JJ terus beli. Balik umah terus guna. Wow!! Wangi giler beb!! Berbaloi!!

Saturday, June 23, 2012

Foods for baby


Changeover Feeding Table

Pejam celik pejam celik, bulan depan Arsyad turns 1 year :-) Dah masuk stage Toddler :-D Mummy dah kena plan tukar susu Arsyad dari Enfalac A+ to Enfagrow A+. Leh follow jadual kat bawah.

Belum berjalan? Laju merangkak?

Somebody : Baby dah berapa bulan?
Mummy : Dah 11 bulan ++
Somebody : Dah boleh berjalan ke?
Mummy : Belum lagi. Masih aktif merangkak.
Somebody : Lambat juga berjalan kan?

Ni lah situasi yg mummy betul2 tak suka. Semua orang punya expectation, baby boleh jalan 10 or 11 bulan. Tension bila duk fikir benda ni slalu. Alhamdullilah, mummy jumpa article kat bawah ni. Baru lega rasa.

  • Kalau anak anda lambat berjalan jangan risau. Sebenarnya kalu stage merangkak lebih lama maknanya perkembangan kemahiran motor dan pemikiran tuk anak anda semakin bagus. 
  • Banyak kelebihan merangkak berbanding dengan cepat berjalan. Merangkak dan meniarap boleh memperkukuhkan lagi tulang belakang anak anda di mana di tulang belakang kita terletaknya spinal cord or saraf tunjang. Saraf ini menghubungkan saraf-saraf lain ke bahagian otak. 
  • Apabila anak kita merangkak lebih lama,bermakna sistem saraf tunjangnya pun akan bertambah baik. Ini akan mempercepatkan lagi proses penghantaran impuls dari ahagian tubuh ke otak dan seterusnya kebahagian tubuh semula. 
  • Merangkak adalah proses belajar mengkoordinasi otak kiri dan kanan, contoh dia maju dengan tangan kiri sambil kaki kanan yang bergerak dan ketika maju dengan tangan kanan maka kaki kiri yang bergerak. Merangkak juga memperkuat tulang belakang sebagai tempat untuk sarat dari otak menuju ke anggota badan dan sebaliknya, sehingga koordinasi motoriknya bagus, juga kecerdasannya meningkat.
  • Kebanyak org tua kita cakap berjalan cepat tu bagus. Tapi sebenarnya kalu nak anak kita pandai,biarlah dia merangkak selama yang boleh. Sekiranya anak kita ada masalah pembelajaran, salah satu cara tuk mengatasinya ialah dengan merangkak

Monday, June 18, 2012

Johnson's Baby Cooling Bath


This is the best Johnson's baby bath yg mummy pernah beli!! Setiap kali lepas mandi dan syampu rambut, wangiannya long lasting kat baby Arsyad :-)

Monday, June 4, 2012

11 Month Lil Arsyad







  • Lil Arsyad masih lagi batuk berkahak dan selsema. Bila dah 12 bulan nanti, mum nak kasi baby makan Scott Emulsion. Hopefully kurang dijangkiti kuman
  • Skrang ni baby dah semakin melasak. Since dah teror merangkak ni asyik la ke sana ke mari. Aduhhh penat nak jaga. Slalu la kena kurung dalam playpen
  • Arsyad dah laju meniti if duk dalam playpen or baby cot. Dia akan pegang kayu katil dan meniti buat pusingan keliling katil. Hehehe
  • Makin susah nak makan skrang ni. Kena kasi dia main laptop ke, mouse ke, tisu ke or apa2 yg best, baru dia nak makan. Kalau tak, dia tak nak makan
  • Mummmy baru cuba blend bubur baby kasar sket. Nak train baby makan makanan ada texture
  • Arsyad skrang kalau kita cakap 'Bye-Bye' sambil lambai tangan, dia akan babai sambil lambai tangan gak. Hehehe. Cuma dia akan cakap 'Tata' instead of 'Bye Bye'
  • Pandai cakap 'Nak' kalau kita makan depan dia
  • Dah boleh naik 2 or 3 anak tangga
  • Mummy skrang cuba kasi arsyad makan yogurt dan jagung manis
  • Arsyad dah banyak bercakap 'Bahasa dia'. Happy betul mum dengar :-)
  • Mum nak try kasi arsyad makan roti cicah susu
  • Baby dah boleh jinjing kaki bila nak amik barang yg dia tak sampai. Hehe
  • Dah pandai sebut nama sendiri 'Asyad', 'Acad'. Hehehe
  • 1st time baby terkepit jari kat almari TV
  • 1st time bubur yg masih panas lagi tertumpah atas tangan Arsyad

Batuk Kahak

Permulaan 11 month Arsyad kena sakit lak. Kesian baby. 

Lil Arsyad kena demam, selsema dan batuk kahak. Ni kira first time kena batuk kahak. Kena since 29 May 2012.

Setiap pagi lepas minum susu, dalam 10 minit camtu mesti muntah. Lepas tu, batuk kahak cuma tak muntah. Baby pun tak nak makan, minum susu pun tak habis. Dah pegi klinik. Masih tak ok jugak. 

Apa yg mummy dan papa dah buat setakat ni :
1) Kami dah 3 kali pegi klinik. Dr kasi ubat demam, selsema, ubat batuk dan antibiotik
2) Dalam masa 2 weeks, selsema dan batuk still lagik tak ok. Kami decide g Hospital Pantai Ampang. Paed kasi ubat antibiotik, ubat cair kahak, ubat batuk jernih, spray hidung. Paed advice kalau tak kurang juga, lagi 2 weeks follow up
3) Mummy setiap malam, akan sapu vicks kat tapak kaki baby dan pakaikan stokin. Kawan2 mummy cakap boleh kurangkan batuk dan selsema.
4) Lepas seminggu makan antibiotik, batuk kahak dan selsema dan sembuh. Demam pulak yg menjadi skrang ni. Risau betul mum. Every night, pakaikan arsyad cool fever masa tidur. Takut demam tiba2. This Saturday nak jumpa paed lagi skali.
5) Mum dan papa tak jadi jumpa paed. Lil arsyad dah sehat lepas bagi makan ubat demam amik dari poliklinik annur di bangi. Kebetulan masa tu g bangi.